Wednesday, April 29, 2009

MENGORAK KECEMERLANGAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



MENGAPAKAH AKU PERLU CEMERLANG?

Benar, tanyalah pada diri kita mengapa aku tidak cemerlang?

Untuk menjawab persoalan tadi, ada berbagai-bagai jawapan, tetapi bagi seorang muslim baginya ada jawapan yg khusus, dan tujuan yg ingin dicapai:

1- Cemerlang kerana Allah SWT:

Allah berfirman: “Katakanlah bahawa solatku, amalanku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah tuhan sekalian alam”..

Seorang Mu’min ia mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah SWT, termasuk jugalah pelajaran, ilmu-ilmu dan kecemerlangannya.

2- Cemerlang kerana Keluarga dan kedua Ibubapa:

Diantara cara untuk memuliakan Ibubapa ialah dengan mengembirakan mereka..betapa gembiranya hati Ibubapaku apabila melihat aku cemerlang dalam matapelajaran dan mendapat tempat yg teratas.

3- Cemerlang kerana diri sendiri:

Setiap muslim mempunyai impian yg ingin dicapai dalam kehidupan, sesungguhnya cita-cita itu tidak terlaksana kecuali dengan kecemerlangan akademik.

4- Cemerlang untuk mengembalikan keagungan islam:

Sesungguhnya keagungan islam zaman lampau adalah bergantung pada tahap keilmuan dan amal, dan tidak akan datangnya keagungan kecuali dengan adanya ulama’ yg benar-benar dan ikhlas untuk Islam dan umatnya, ulama dalam setiap bidang ilmu yg bermanfaat.



PESANAN SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN:

1- Solat Hajat: Supaya dimudahkan Allah SWTuntuk memahami.

2- Membaca beberapa ayat Al-Quran: dapat menjauhkan dari gangguan syaitan, dan supaya muka dipenuhi cahaya Al-Quran.

3- Mulakan dengan doa mengulangkaji pelajaran:

“ Ya Allah, aku memohon agar dikurniakan kepadaku kefahaman para nabi, ketajaman hafalan seperti para utusanmu dan malaikat-malaikat.. Ya Allah, jadikanlah lidahku ini hidup dengan berzikir kepadamu, dan hatiku dipenuhi dengan takut kepadamu, sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa diatas segala sesuatu”

Di akhiri dengan doa selepas mengulangkaji pelajaran:

“Ya Allah berserah kepadamu segala apa yg telah aku baca, apa yg telah aku fahami, apa yg telah aku hafal, maka kembalikan semula kepadaku ketikaku memerlukannya, sesungguhnya engkau yg maha berkuasa diatas segala sesuatu”.

4- Susun dan rancang: contoh: menentukan mata pelajaran untuk dibaca, tajuk-tajuk dan masa tertentu untuk setiap satu mata pelajaran dengan membuat jadual.

5- Mula dengan mata pelajaran yg dianggap mudah dahulu.

6- Jangan menangguh mata pelajaran hari ini ke hari esok.

7- Ambil masa secukupnya untuk berehat: tentukan sehari atau waktu yg sesuai dalam seminggu untuk menenangkan fikiran dan berehat.

8- Pilih tempat yg sunyi jauh dari bising, dan ambil berat dengan cahaya yg cukup dan baik untuk kesihatan ketika membaca.

9- Cuba untuk mengosongkan fikiran dari segala masalah dan gangguan.

10- Ambil berat dengan cara duduk yg betul, iaitu dengan meluruskan tulang belakang.

11- Bersegera untuk solat apabila mendengar azan, kerana Allah SWT tidak memberkati amalan yg melalaikan solat.

12- Pisahkan diantara 2 matapelajaran dengan waktu rehat.




BAGAIMANAKAH PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN?

Mengikut Doktor `Ato Barakat, ada 2 perkara penting untuk persediaan:

1- Penguasaan yg baik: terlaksana dengan 4 perkara:

• Melazimi ulangkaji sepanjang tahun setiap selepas belajar dan jangan menangguh sesuatu walaupun kecil.

• Ulangkaji matapelajaran yang lepas, sebelum belajar matapelajaran baru.

• Ulangkaji setiap minggu walaupun dengan hanya membaca dengan cepat.

• Ulangkaji setiap bulan dan ketika musim cuti

2- Mengulangkaji secara sempurna dan serius sebelum peperiksaan:

• Menyusun maklumat secara sistematik di dalam ingatan.

• Pilih waktu yg sesuai untuk mengulangkaji pelajaran, dengan menetukan masa tertentu untuk setiap matapelajaran, contoh: jika terasa jemu pindah untuk menjawab soalan-soalan matematik dll.

• Sistem jadual: supaya tidak bertindih diantara matapelaharan yg ada.

• Menjawab sebanyak mungkin soalan-soalan dan penyelesaian masalah, lebih-lebih lagi soalan-soaln yg susah.


DOA HARI PEPERIKSAAN :-
1- Ketika masuk ke dewan :

"وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطاتا نصيرا"

“Katakanlah, wahai tuhanku masukkan aku dari tempat yg benar, dan keluarkan aku dari tempat yg benar juga, dan berikan aku dari kurniaanmu kekuataan yg membantu.” (AL ISRA 17:80).

2- Ketika menerima kertas jawapan :

"رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي"

“Ya tuhanku lapangkan dadaku dan mudahkan urusanku, dan leraikanlah ikatan di lidahku supaya mereka memahami percakapanku”.

3- Jika sukar untuk menjawab :

"يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث"

“Ya tuhan yg maha hidup dan maha pembangkit, dengan rahmatmu aku meminta pertolongan”


"اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إن شئت سهلا"

“Ya Allah tiada kesenangan kecuali apa yg kau jadikan ia senang, dan engkaulah yg menjadikan kesusahan itu satu kesenangan”.

4- Jika terlupa jawapan :

"اللهم يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه اجمع على ضالتي معلوماتي"

“Ya Allah yg mengumpulkan manusia di hari tiada ragu-ragu, maka kumpulkanlah maklumat-maklumatku”.

Wallahu a'lam..

IMTIHAN FASA 2

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Jadual Imtihan Tahriri Fasa DUA sesi 2008/2009 Kuliah Al-Quran Wal Qiraat WA Ulumiha Bi Tanta Bi Jamiah Al-Azhar..

TAHUN 1


TAHUN 2


TAHUN 3


TAHUN 4



"YA ALLAH,sinarilah hati kami dengan petunjukMU,sebagaimana KAU telah menyinari bumi ini dengan cahaya matahariMU selama-lamanya,dengan rahmatMU wahai ALLAH yang paling penyayang."

(Sumber AbaNg ALAI )

Thursday, April 23, 2009

KHUSYUK SOLAT

بسم الله الرحمن الرحيم



Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang

1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran.
2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud.
3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.
4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang.
5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.
6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang.
7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih.
8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut.
9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir.
10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu.
11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat.
12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu.
13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya.
14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya.
15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih.


P/S : "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.(AL MU'MINUN 23:1-2)".. KEBERKATAN ALLAH TAALA HENDAK-NYA SENTIASA DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMIIN..

PUASA ANJURAN ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم




P/S : "Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (AL BAQARAH 2:184)"..Moga menjadi Amalan Kita..




Monday, April 6, 2009

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

بسم الله الرحمن الرحيم



BIODATA RASULULLAH SAW
A· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
A· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai
tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
A· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
A· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
A· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
A· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
A· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
A· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
A· Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
A· Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
A· Baginda dipelihara oleh Ummu
Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
A· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
A· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
A· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
A· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
A· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
A· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN
A· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
A· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
A· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib
dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
A· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
A· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
A· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
A· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
A· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
A· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
A· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
A· Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
1. A§ Khadijah Binti Khuwailid
2. A§ Saudah Binti Zam'ah
3. A§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. A§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
5. A§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. A§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. A§ Zainab Binti Jahsy
8. A§ Maimunah Binti Harith
9. A§ Safiyyah binti Huyyai bin Akhtab
10. A§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
11. AS Juwairiah binti Harits bin Abu Dhirar

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN & SAUDARA SUSUAN

1.. Ummu Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

1.. Ummu Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8.. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

P/S : Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,
maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


.:: KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN YANG MAHA ESA ::.