Wednesday, December 30, 2009

PERISAI IMTIHAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.




BAGAIMANAKAH PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN?

Mengikut Doktor `Ato Barakat, ada 2 perkara penting untuk persediaan:

1- Penguasaan yg baik: terlaksana dengan 4 perkara:

• Melazimi ulangkaji sepanjang tahun setiap selepas belajar dan jangan menangguh sesuatu walaupun kecil.

• Ulangkaji matapelajaran yang lepas, sebelum belajar matapelajaran baru.

• Ulangkaji setiap minggu walaupun dengan hanya membaca dengan cepat.

• Ulangkaji setiap bulan dan ketika musim cuti

2- Mengulangkaji secara sempurna dan serius sebelum peperiksaan:

• Menyusun maklumat secara sistematik di dalam ingatan.

• Pilih waktu yg sesuai untuk mengulangkaji pelajaran, dengan menetukan masa tertentu untuk setiap matapelajaran, contoh: jika terasa jemu pindah untuk menjawab soalan-soalan matematik dll.

• Sistem jadual: supaya tidak bertindih diantara matapelaharan yg ada.

• Menjawab sebanyak mungkin soalan-soalan dan penyelesaian masalah, lebih-lebih lagi soalan-soaln yg susah.



DOA HARI PEPERIKSAAN :-
1- Ketika masuk ke dewan :

"وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطاتا نصيرا"

“Katakanlah, wahai tuhanku masukkan aku dari tempat yg benar, dan keluarkan aku dari tempat yg benar juga, dan berikan aku dari kurniaanmu kekuataan yg membantu.” (AL ISRA 17:80).

2- Ketika menerima kertas jawapan :

"رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي"

“Ya tuhanku lapangkan dadaku dan mudahkan urusanku, dan leraikanlah ikatan di lidahku supaya mereka memahami percakapanku”.

3- Jika sukar untuk menjawab :

"يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث"

“Ya tuhan yg maha hidup dan maha pembangkit, dengan rahmatmu aku meminta pertolongan”


"اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إن شئت سهلا"

“Ya Allah tiada kesenangan kecuali apa yg kau jadikan ia senang, dan engkaulah yg menjadikan kesusahan itu satu kesenangan”.

4- Jika terlupa jawapan :

"اللهم يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه اجمع على ضالتي معلوماتي"

“Ya Allah yg mengumpulkan manusia di hari tiada ragu-ragu, maka kumpulkanlah maklumat-maklumatku”.



Wallahu a'lam..

MENGORAK KECEMERLANGAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



MENGAPAKAH AKU PERLU CEMERLANG?

Benar, tanyalah pada diri kita mengapa aku tidak cemerlang?

Untuk menjawab persoalan tadi, ada berbagai-bagai jawapan, tetapi bagi seorang muslim baginya ada jawapan yg khusus, dan tujuan yg ingin dicapai:

1- Cemerlang kerana Allah SWT:

Allah berfirman: “Katakanlah bahawa solatku, amalanku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah tuhan sekalian alam”..

Seorang Mu’min ia mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah SWT, termasuk jugalah pelajaran, ilmu-ilmu dan kecemerlangannya.

2- Cemerlang kerana Keluarga dan kedua Ibubapa:

Diantara cara untuk memuliakan Ibubapa ialah dengan mengembirakan mereka..betapa gembiranya hati Ibubapaku apabila melihat aku cemerlang dalam matapelajaran dan mendapat tempat yg teratas.

3- Cemerlang kerana diri sendiri:

Setiap muslim mempunyai impian yg ingin dicapai dalam kehidupan, sesungguhnya cita-cita itu tidak terlaksana kecuali dengan kecemerlangan akademik.

4- Cemerlang untuk mengembalikan keagungan islam:

Sesungguhnya keagungan islam zaman lampau adalah bergantung pada tahap keilmuan dan amal, dan tidak akan datangnya keagungan kecuali dengan adanya ulama’ yg benar-benar dan ikhlas untuk Islam dan umatnya, ulama dalam setiap bidang ilmu yg bermanfaat.



PESANAN SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN:

1- Solat Hajat: Supaya dimudahkan Allah SWTuntuk memahami.

2- Membaca beberapa ayat Al-Quran: dapat menjauhkan dari gangguan syaitan, dan supaya muka dipenuhi cahaya Al-Quran.

3- Mulakan dengan doa mengulangkaji pelajaran:

“ Ya Allah, aku memohon agar dikurniakan kepadaku kefahaman para nabi, ketajaman hafalan seperti para utusanmu dan malaikat-malaikat.. Ya Allah, jadikanlah lidahku ini hidup dengan berzikir kepadamu, dan hatiku dipenuhi dengan takut kepadamu, sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa diatas segala sesuatu”

Di akhiri dengan doa selepas mengulangkaji pelajaran:

“Ya Allah berserah kepadamu segala apa yg telah aku baca, apa yg telah aku fahami, apa yg telah aku hafal, maka kembalikan semula kepadaku ketikaku memerlukannya, sesungguhnya engkau yg maha berkuasa diatas segala sesuatu”.

4- Susun dan rancang: contoh: menentukan mata pelajaran untuk dibaca, tajuk-tajuk dan masa tertentu untuk setiap satu mata pelajaran dengan membuat jadual.

5- Mula dengan mata pelajaran yg dianggap mudah dahulu.

6- Jangan menangguh mata pelajaran hari ini ke hari esok.

7- Ambil masa secukupnya untuk berehat: tentukan sehari atau waktu yg sesuai dalam seminggu untuk menenangkan fikiran dan berehat.

8- Pilih tempat yg sunyi jauh dari bising, dan ambil berat dengan cahaya yg cukup dan baik untuk kesihatan ketika membaca.

9- Cuba untuk mengosongkan fikiran dari segala masalah dan gangguan.

10- Ambil berat dengan cara duduk yg betul, iaitu dengan meluruskan tulang belakang.

11- Bersegera untuk solat apabila mendengar azan, kerana Allah SWT tidak memberkati amalan yg melalaikan solat.

12- Pisahkan diantara 2 matapelajaran dengan waktu rehat.



SekiaN Dahulu.Wassalam

Friday, December 25, 2009

PUASA HARI ASYURA

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


"Hari Asyura" ialah hari yang kesepuluh dari bulan Muharam.

Umat Islam disunatkan berpuasa pada hari yang tersebut, seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut:

عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ وَلَمْ يَكْتُبْ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ وَأَنَا صَائِمٌ فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ.
(رواه البخاري

Mafhum :- " Dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hari ini ialah hari Asyura, sedang kamu tidak diwajibkan berpuasa padanya, sebaliknya aku sekarang sedang berpuasa. Oleh itu, siapa suka berpuasa bolehlah ia berpuasa dan siapa suka berbuka maka bolehlah ia berbuka."(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari) (1)


Puasa hari Asyura, sunat juga disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari yang ke sembilan dari bulan Muharam, kerana Rasulullah s.a.w. pernah menganjurkannya seperti yang tersebut dalam hadith yang berikut:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
(رواه مسلم وأبو داود


Mafhum :- " Dari Ibn Abbas, r.a., katanya: Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh (orang ramai) berpuasa padanya, sahabat-sahabat Baginda berkata: "Ya Rasulullah, hari Asyura juga dimuliakan oleh kaum Yahudi dan Nasrani ..."(2)

Mendengar yang demikian, Baginda bersabda: "Apabila tiba tahun yang akan datang,Insya-Allah kita akan berpuasa pula pada hari yang ke sembilan."

Rawi hadith ini berkata: "Rasulullah s.a.w. (tidak sempat berpuasa pada hari itu) kerana Baginda telah wafat sebelum tiba tahun yang berikutnya."(3)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Menurut huraian ulama' rahimahullah, bahawa puasa hari Asyura terbahagi kepada tiga peringkat:


Peringkat pertama: Berpuasa selama tiga hari, iaitu hari yang kesembilan, kesepuluh dan hari kesebelas.

Peringkat kedua: Berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh.

Peringkat ketiga: Berpuasa pada hari yang kesepuluh sahaja.


AMALAN DIGALAKKAN

Bermurah Hati Pada hari Asyura

Umat Islam digalakkan bermurah hati pada "hari Asyura" terutama kepada diri sendiri dan anak isteri (disertakan dengan bersedekah kepada orang-orang miskin).

Ini diterangkan dalam hadith berikut:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ وَسَّعَ عَلَى نَفْسِهِ وَأَهْلِهِ يَوْمَ "عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ."
رواه البيهقي)

Mafhum :- " Dari Jabir bin Abdullah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa bermurah hati dengan berbelanja lebih untuk dirinya dan anak isterinya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memurahkan rezekinya di sepanjang tahun itu."(5)
(Riwayat Baihaqi)

Meskipun hadith ini dan beberapa riwayatnya yang lain dinilai sebagai hadith-hadith lemah, tetapi apabila disatukan setengahnya dengan yang lain, akan bertambah kuat, seperti yang disebutkan oleh al-Alamah al-Sakhawi rahimahullah. (6)
___________________________________________________________

Rujukan :-

1. Fath al-Bari (5:150).

2. Kerana pada hari itu Nabi Musa a.s. telah diselamatkan oleh Allah daripada angkara Fir'aun.

3. Fiqh al-Sunnah (1:451).

4. Fiqh al-Sunnah (1:451).

5. Fiqh al-Sunnah (1:452).

6. Fiqh al-Sunnah (1:452).

Wallahu Ta'ala A'lam.

Sunday, December 20, 2009

HIJRAH PERSIAPAN DIRI KEBAIKAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Awal Muharram sekali lagi menyingkap tirai dan mengimbau perjuangan agung Rasulullah s.a.w. menghadapi kebejatan jahiliah dan kemelut permasalahan yang tidak berkesudahan. Ia sekaligus membuka satu lembaran baru dalam sejarah kemerdekaan sejati bagi umat Islam daripada belenggu jahiliah dalam pelbagai aspek kehidupan.

Ini juga bermakna bahawa strategi dakwah yang teliti, penuh hikmah dan berhati-hati serta berasaskan perancangan yang rapi yang diterajui sendiri oleh Rasulullah s.a.w. pada ketika itu, telah berjaya memastikan Islam terus berkembang ke seluruh pelosok dunia sehingga hari Kiamat. Sesungguhnya persiapan rapi yang disempurnakan sebelum melancarkan slogan hijrah agung itu merupakan tindakan perdana yang penuh berwawasan, efisien dan berpandangan jauh.

Setelah 1431 tahun lamanya peristiwa hijrah hakiki berlalu, kini umat Islam hidup di dalam pelbagai cubaan dan dugaan yang amat mencabar.

Lebih-lebih lagi di saat dunia sedang menghadapi ledakan kemajuan yang tidak berhenti-henti. Paling mencabar, dakwah Islamiah hari ini memasuki era siber serta memerlukan kepakaran di dalam bidang sains komputer dan multimedia yang tinggi. Dunia tanpa sempadan, konsep langit terbuka, kerajaan elektronik, perdagangan elektronik, munculnya penyakit-penyakit yang kronik, budaya-budaya Barat yang semakin banyak didedahkan kepada masyarakat dunia, penerokaan pelbagai jenis disiplin ilmu dan sebagainya, merupakan sebahagian daripada cabaran yang mesti disahut oleh umat Islam hari ini.

Umat Islam yang mengambil sikap tunggu dan lihat akan tertinggal jauh di belakang. Akhirnya mereka akan menjadi pengkagum kehebatan yang dicapai oleh orang lain. Dalam masa yang sama jika umat Islam ingin turut sama mengejar kehebatan tersebut, maka mereka perlulah mempersiapkan ilmu pengetahuan yang tinggi dan mestilah sanggup mengorbankan masa, tenaga dan belanja yang banyak demi kemajuan hidup mereka sendiri. Namun begitu, persoalannya berapa keratkah di kalangan kita yang sanggup berusaha bermati-matian untuk tujuan tersebut? Sebaliknya masih ramai lagi yang hanya duduk menghabiskan masa tanpa berusaha menuntut ilmu pada tahap yang sewajarnya.

Jika direnung betapa hebatnya persiapan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. bersedia sebelum menjayakan hijrah dari Mekah ke Madinah suatu masa dahulu, maka sudah tentu kita akan menitiskan air mata mengenangkan hebatnya pengorbanan yang telah dilakukan. Kita bersyukur kerana hasil titik peluh, darah dan air mata merekalah, maka kita berpeluang untuk menikmati nikmat iman dan Islam pada hari ini.

Barangkali tidak pernah terdetik di lubuk hati para sahabat r.a. ketika itu bahawa seruan dakwah yang mereka usahakan di celah-celah kezaliman kuffar Quraisy di tengah padang pasir dahulu kala, kini menjadi bahan perbincangan hebat antara ulama’ dengan penduduk dunia melalui internet. Bersama kecanggihan ini juga ayat-ayat al-Quran yang mereka hafaz di dalam dada dan menjadi amalan hidup dahulu, kini banyak yang hanya menjadi hiasan di dinding rumah-rumah umat Islam. Masjid yang menjadi tempat penyebaran ilmu dan bersyura dahulu, kini hanya menjadi bahan kebanggaan dan kemegahan binaan dan ukiran indah tetapi sepi daripada jemaah yang keluar masuk untuk beribadat dan beri’tikaf di dalamnya. Kalau dahulu penyebaran dakwah bergelumang dengan cacian kuffar, penindasan, maksiat, berhala dan botol-botol arak di seluruh kota Mekah, tetapi kini dakwah yang berlangsung melalui kaca televisyen, radio dan internet bergelumang pula dengan siaran-siaran hiburan yang melampau dan halaman-halaman web yang tidak senonoh, jahat serta kotor.

Sesungguhnya persiapan utama yang disediakan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat r.a. sebelum bermulanya misi hijrah ialah memberi kekuatan rohani dan jasmani. Perkara asas yang ditekankan oleh baginda ialah persoalan akidah. Akidah yang mantap dan keyakinan yang jitu terutama terhadap ganjaran selepas mati menjadi pendorong kuat kepada kejayaan hijrah agung itu. Di samping kekuatan rohani yang utuh maka keteguhan ekonomi, kekuatan ketenteraan, ketinggian disiplin, kesempurnaan fizikal atau jasmani juga amat ditekankan oleh baginda sebelum berhijrah.

Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. sekali-kali tidak pernah mengabaikan pra syarat utamanya iaitu pegangan akidah, iman dan akhlak yang tinggi pada diri para sahabat r.a. Ini kerana tanpa syarat utama tersebut, maka semua kekuatan lain tidak berguna untuk menghadapi cabaran dan ujian yang amat hebat.

Lihatlah sendiri betapa kuatnya iman Abu Bakar as-Siddiq r.a. yang terkenal sebagai seorang hartawan dan dermawan. Begitu juga dengan iman Saidina Umar al-Khattab r.a. yang terkenal dengan keberaniannya menghunus pedang dan mematahkan kelancangan musuh. Demikian juga dengan para sahabat baginda yang lain yang nama-nama mereka disenaraikan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi kumpulan terawal diterima masuk sebagai tetamu syurga.

Tanpa kekuatan iman nescaya ilmu yang banyak akan membawa seseorang itu menjadi angkuh dan kufur. Begitulah juga orang yang berharta akan menjadi bakhil dan tamak haloba manakala orang yang kuat perkasa pula menuntut upah yang banyak sebelum turun ke medan jihad dan sebagainya. Kelemahan iman juga akan menjerumuskan mereka kepada cintakan dunia, takutkan mati, suka menabur fitnah, berbangga-bangga dan suka mengampu demi mendapat habuan dunia yang fana ini.

Sesungguhnya peristiwa hijrah yang dicatatkan sebagai proses terpenting dalam pembentukan sesebuah negara Islam pertama di Madinah, tidak dicapai dengan cakap-cakap mulut sahaja. Ia bukan hanya slogan retorik semata-mata. Ia juga bukan hasil daripada pemerasan kuasa ke atas kaum yang lemah, penipuan, taktik kotor, menindas sesuatu kumpulan atau kekerasan yang tidak berhati perut. Malah ia sebenarnya bertitik tolak berkat daripada kesabaran yang tinggi, keikhlasan yang lahir dari hati yang murni dan pengorbanan para pencinta keadilan yang terdiri daripada para sahabat r.a.

Umat Islam hari ini wajib mempersiapkan diri untuk melakukan hijrah menuju ke alaf baru. Dunia tidak akan menunggu sesuatu umat untuk sama-sama mencapai kecemerlangan. Kita juga perlu sedar bahawa kita tidak disuruh duduk menunggu sehingga dijemput kematian lalu kita keluar daripada alam ini tanpa melakukan apa-apa perubahan. Sebaliknya kita disuruh dan diwajibkan berusaha sedaya upaya mencapai kejayaan di dunia sehingga ajal tiba. Cuma satu, kita dilarang daripada mengejar dunia sampai melupakan akhirat.


Golongan yang mundur biasanya sengaja mewujudkan halangan untuk cemerlang di dalam hidupnya. Manakala golongan yang maju sentiasa bersedia berhadapan dan mengatasi hambatan dan halangan-halangan seperti perasaan takut gagal untuk bersaing, sikap suka bertangguh, malas, banyak dalih dan banyak angan-angan. Golongan yang pesimis juga mempunyai banyak prasangka buruk terhadap sesuatu perkara, banyak cakap daripada bertindak, banyak helah dan suka menjadi 'pak turut' kepada orang lain.

Kebanyakan daripada umat Islam amat suka menumpukan kekurangan yang ada pada diri sehingga segala kekuatan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah pada setiap diri mereka menjadi terlalu halus dan tidak mampu kelihatan langsung. Akhirnya mereka menyenaraikan satu persatu kelemahan diri dan halangan demi halangan sehingga tidak berdaya melakukan apa-apa anjakan paradigma.

Di samping itu, manusia seperti ini suka menyalahkan orang lain, masa dan keadaan persekitaran. Golongan ini seterusnya menjadi kelompok yang tidak percaya kepada diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain. Mereka hidup tanpa perlu berusaha lebih daripada biasa. Sikapnya sentiasa berpada dengan apa yang ada dan kerap kali mengharapkan rezeki datang bergolek dengan hanya bertawakal tanpa usaha.

Sudah sampai masanya umat Islam menghapuskan segala halangan untuk menang di dalam perlumbaan mencapai apa yang diusahakan. Mereka perlu tahu dengan jelas apakah keutamaan yang sebenarnya dan seterusnya bertindak melaksanakan prinsip-prinsip yang menyokong kemenangan dalam semua persaingan.

Umat Islam kini wajib melakukan persiapan untuk berhijrah.
Persiapan pertama adalah memperteguhkan iman menerusi ilmu dan amal soleh. Mempertingkatkan disiplin diri terhadap ketepatan masa, kejelasan matlamat dan segera bertindak adalah juga menjadi prinsip kejayaan yang utama. Dalam masa yang sama, umat Islam mesti bersedia menceburi semua bidang ilmu yang ada dan yang lebih mencabar. Dengan cara ini sahajalah, umat Islam akan mampu menguasai dunia ini tanpa dikongkong oleh orang lain. Jika tidak maka selama itulah umat Islam asyik merungut dan menyalahkan orang lain dan suasana. Sedangkan sebenarnya diri mereka sendirilah yang menyebabkan umat Islam di pandang hina dan diperlekehkan.

Di dalam al-Quran, Allah Taala berulang kali menegaskan supaya orang yang berakal iaitu 'Ulul Albab' sentiasa peka dan mengambil iktibar daripada umat-umat terdahulu dan peristiwa sirah yang berlaku sebagaimana firman Allah s.w.t di dlm (Surah Ali imran 3:7) " وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الألْبَابِ " **-Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal-**

Justeru sewajarnyalah kita mempelajari falsafah hijrah dan segala persiapannya sebagai persediaan untuk kita menghijrahkan diri menuju ke arah yg lebih baik.


P/S : Ingatlah teman,manusia itu tidak sempurna,akan tetapi menuju ke arah kesempurnaan itulah yg sebaiknya dan dituntut.


Wallahu A'lam Bissowab.

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda dan memperdayakan anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN HIJRAH


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


VIDEO:- DOA AKHIR TAHUN , DOA AWAL TAHUN

WALLAHU A'LAM BISSOWAB.

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN




Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..

Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua. Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhususkan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.


KESIMPULAN : Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wasallallahu 'Ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin

SumBer :- Syed Abdul Kadir Aljoofre

Wallahu A'lam Bissowab.

Sunday, December 13, 2009

BERSAMA AL-QURAN : NAMA2 BERHALA

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


NAMA-NAMA BERHALA DI DALAM AL-QURAN :-


1-ودا,وسواع,ويغوث,ويعوق,ونسر

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آَلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا

(Surah Nuh 71:23)

2-اللات,والعزى,ومناة

أَفَرَأَيْتُمُ اللَّاتَ وَالْعُزَّى (19) وَمَنَاةَ الثَّالِثَةَ الْأُخْرَى


(Surah An-Najmi 53:19,20)

Ini adalah berhala bagi arab Quraisy ketika itu

3-بعلا
أَتَدْعُونَ بَعْلًا وَتَذَرُونَ أَحْسَنَ الْخَالِقِينَ

(Surah Ash-Shaffat 37:125)

Ini pula adalah berhala bagi Nabi Allah Ilyas

** Jumlah kesemua nama berhala yg Allah taala rakamkan di dalam al-quran sebanyak 9 seperti mana di atas. **

Berhala adalah benda yg direka oleh manusia sendiri utk disembah.Dicipta ada yg berupa seperti manusia itu sendiri,ada yg berbentuk binatang dan sebagainya mengikut kepercayaan agama masing2.

Keadaan dunia sekarang juga sebenarnya begitu.Tidak terlepas apa yg berlaku kepada kita sendiri kadang2,dan juga berlaku kepada umat Islam yg lain.Walaupun kita tidak menyembah sujud kepada patung2 berhala,namun kita menyembah takut pada sesama manusia kerana mungkin kita takutkan kepada kuasa yg ada pada mereka,bimbang akan kedudukan akan tergugat dan bermacam2.Seolah2 dunia ini tiada yg lebih berkuasa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,tunjukilah kami jalan yg Engkau redhai,bimbinglah kami Ya Allah Tuhan sekalian alam.Janganlah Engkau uji kami dengan sesuatu yg tidak mampu kami lepasi.Matikanlah kami dalam menyerah diri sepenuhnya ke hadhrat-Mu.Amin.

Wallahu A'lam.

Friday, December 11, 2009

RASULULLAH DIAJARKAN BACAAN AL-QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


ALLAH SWT telah mengajar Rasulullah SAW cara untuk menerima wahyu (ayat-ayat al-Quran) yang dibawa oleh malaikat Jibril. Apabila Jibril membawa ayat-ayat yang diturunkan itu, Rasulullah dikehendaki mengikut bacaan Jibril.

Namun, sebelum sempat Jibril menghabiskan bacaan ayat tersebut, Rasulullah sudah menggerakkan lidahnya untuk meniru bacaan malaikat Jibril itu.

Allah Taala telah berfirman "..dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al Qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (Surah Thaha 20:114)

Lalu Allah memerintahkan Rasulullah agar bersabar apabila Jibril datang menemui baginda. Apabila Jibril membaca ayat-ayat suci al-Quran atau wahyu ketika itu, hendaklah baginda mendengarnya dengan penuh perhatian.

Allah memberi jaminan bahawa ayat-ayat yang datang daripada-Nya itu, tidak ada satu pun yang akan dilupakan oleh baginda. Semuanya akan lekat dalam ingatan baginda. Selepas Jibril habis membaca, maka Rasulullah pun dapat membaca dengan lancar.

Wahyu yang diterima oleh Rasulullah bukanlah hanya maksud semata-mata, tetapi adalah ayat yang jelas. Isi al-Quran didengar baginda tidak berubah walau sepatah pun daripada Jibril. Setiap patah ayat diikuti dan diingati oleh Rasulullah SAW dengan baik sekali.

Allah telah berfirman, Kalau sekiranya ia (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan terhadap Kami, nescaya Kami pegang tangan kanannya, kemudian Kami potong tali jantungnya (Kami bunuh). (Surah Al Haaqah 69:44-45)

Maka wahyu yang Rasulullah bacakan adalah perkataan yang sebenar-benarnya daripada Allah SWT bukannya yang direka-rekakan oleh baginda sendiri.

Firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam (Surah An Najm 53:3-4) "..dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur'an) menurut kemauan hawa nafsunya..Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)"..

Wallahu A'lam.

BERSAMA AL-QURAN 1: BILANGAN 1-9

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


BILANGAN 1 HINGGA 9 DI DALAM AL-QURAN :-

SATU

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَى لَنْ نَصْبِرَ عَلَى طَعَامٍ وَاحِدٍ

(SURAH AL-BAQARAH 2:61)

DUA

وَمِنَ الْإِبِلِ اثْنَيْنِ وَمِنَ الْبَقَرِ اثْنَيْنِ

(SURAH AL-AN’AM 6:144)

TIGA

سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ

(SURAH AL-KAHFI 18:22)

EMPAT

قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ

(SURAH AL-BAQARAH 2:260)

لَوْلَا جَاءُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ

(SURAH AN-NUR 24:13)

LIMA

وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ

(SURAH AL-KAHFI 18:22)

ENAM

مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ

(SURAH AL-MUJADILAH 58:7)

TUJUH

فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ

(SURAH AL-BAQARAH 2:29)

LAPAN

ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ مِنَ الضَّأْنِ اثْنَيْنِ وَمِنَ الْمَعْزِ اثْنَيْنِ

(SURAH AL-AN’AM 6:143)

SEMBILAN

وَلَقَدْ آَتَيْنَا مُوسَى تِسْعَ آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ

(SURAH AL-ISRA’ 17:101)

Wallahu A'lam.

Monday, October 12, 2009

IKTIBAR DI SEBALIK KEJADIAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Kalau kita mengamati terjadinya bencana ataupun gempa yang sering terjadi akhir-akhir ini, sudah seharusnya kita menjadikannya sebuah iktibar dan muhasabah diri terhadap keadaan yang terjadi pada sekitar kita.

Mari kita lihat, peristiwa gempa yang terjadi akhir-akhir ini,

Gempa Tasikmalaya
Jam 15.04

Gempa Padang
Jam 17.16

Gempa Susulan Padang
Jam 17.58

Gempa Jambi
Jam 8.52

Mari kita lihat di dalam Al Qur'an, Surat dan ayat sesuai dengan saat-saat terjadinya gempa.

Gempa Tasikmalaya
Jam 15.04
Surat Al Hijr (Surah-15) ayat 04
"4. dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeripun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah ditetapkan."

Gempa Padang
Jam 17.16
Surat Al Israa’ (Surah-17) ayat 16
"16. dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya Berlaku terhadapnya Perkataan (ketentuan kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. ."

Gempa Susulan Padang
Jam 17.58
Surat Al Israa’ (Surah-17) ayat 58
"58. tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh)."

Gempa Jambi
Jam 8.52
Surat Al Anfaal (Surah -8) ayat 52
"52. (keadaan mereka) serupa dengan Keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang yang sebelumnya. mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Amat keras siksaan-Nya."

"MASIHKAH KITA DURHAKA KEPADA ALLAH, dan TIDAK MENTAATINYA?

Semoga Hidayah dan Taufik Allah senantiasa bersama orang-orang yang beriman!

Amin

AL-AZHAR HARAM PURDAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Bising pasal isu al-Imam al-Akbar Al-Syeikh Sayyid al-Tantawi berhubung larangan memakai niqab (purdah). Khutbah di Majid al-Walidayn, Hayyu Asyir Kaherah juga membincangkan isu ini dengan menekankan agar umat Islam tidak cepat menghukum al-Syeikh Sayyid al-Tantawi semata-mata kerana hebahan media memandangkan banyak putar belit media dalam sebarang isu berkenaan dengan ulama besar ini.

Isu ini keluar di akhbar harian MAlaysia di metro (7 Oktober 2009) dan juga utusan malaysia..
Jadi,di sini dipaparkan kepada saudara pembaca berkenaan dengan pendirian Dar al-Ifta al-Misriyyah (Jabatan Fatwa Kebangsaan Mesir) berkenaan dengan isu Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang tidak membenarkan para mahasiswi Malaysia memakai purdah di dalam premis kedutaan.

Semoga beroleh manfaat.







TerJemaHan:-


"Tanyalah orang yang mengetahui sekiranya kamu semua tidak mengetahui". (Surah al-Nahl ayat 43)

Segala puji bagi Allah satu-satunya. Selawat dan salam buat Nabi yang tiada lagi nabi sesudahnya, Nabi Muhammad utusan Allah. Selawat dan salam juga buat ahli keluarga Rasulullah, para sahabat baginda dan sesiapa yang mengikuti baginda secara baik sehingga hari Kiamat.

Kami telah menerima permohonan fatwa daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bertarikh 29/5/2007 yang bernombor 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi:

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menghalang para mahasiswi Malaysia yang menuntut di al-Azhar daripada memakai niqab (purdah) dengan alasan keselamatan dan takut daripada teroris, sedangkan kedutaan boleh untuk meminta mahasiswi tersebut untuk membuka niqab mereka sebelum mereka masuk ke premis kedutaan bagi mengenalpasti identiti mahasiswi berkenaan.

Persoalan di sini adalah: adakah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dibolehkan dari sudut Syarak untuk memaksa mahasiswi yang berniqab untuk berpegang dengan satu pandangan tertentu di dalam masalah yang berlaku perselisihan pandangan para fuqaha seperti masalah niqab? Apakah pendirian yang perlu diambil oleh para mahasiswi yang berniqab terhadap ketetapan yang diputuskan oleh pihak kedutaan?


Jawapan:

Sebagaimana yang dimaklumi bahawa masyarakat Malaysia secara umumnya bermazhab dengan mazhab Syafi`e Radhiallahu `Anhu. Di dalam mazgab Syafi`e, wanita yang merdeka yang telah baligh diwajibkan untuk menutup wajahnya daripada dilihat oleh lelaki ajnabi.

Di dalam kitab Hasyiah Jamal `Ala Syarh al-Manhaj sebagaimana yang juga tertera di dalam kitab Syarh al-Mahalli `Ala Minhaj al-Nawawi:

"Adapun aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi, maka seluruh badan".


Di dalam kitab Hawasyi al-Syarwani `Ala Tuhfat al-Muhtaj Libni Hajar `Ala Minhaj al-Nawawi dinyatakan:

"Dapat diketahui daripada kenyataan ini bahawa wanita yang merdeka mempunyai tiga aurat;

• Aurat di dalam solat iaitu apa yang telah dinyatakan sebelum ini
• Aurat apabila bersama dengan lelaki ajnabi iaitu seluruh badannya termasuklah wajahnya dan dua tapak tangannya berdasarkan pandangan yang muktamad (pandangan yang kuat)
• Aurat apabila dia berseorang diri atau ketika bersama dengan mahramnya iaitu sama seperti aurat lelaki."


Di dalam kitab Hasyiah Bijirmi `Ala al-Khatib dinyatakan:

"Adapun aurat wanita di luar solat apabila ada bersama dengan lelaki ajnabi, maka auratnya adalah seluruh badannya termasuklah muka dan dua tapak tangan sekalipun ketika aman daripada fitnah".

Maka berdasarkan soalan yang dikemukakan, dapatlah dinyatakan bahawa pihak berkuasa boleh untuk mengambil pendekatan dari sudut keselamatan, mengenal pasti identiti, kaji selidik dan siasatan bagi memastikan keamanan pihak berkuasa. Antaranya adalah meminta agar wanita yang berniqab menunjukkan wajahnya ketika mereka ingin masuk ke dalam premis kedutaan tanpa perlu untuk pihak kedutaan memaksa mereka untuk menanggalkan niqab mereka di dalam premis kedutaan kerana premis kedutaan adalah kawasan umum bagi setiap warganegara.

Wallahu Subhanahu Wataala A'lam.


Ditandatangani oleh tenaga fatwa,

Muhammad Wusam Abbas, Muhammad Syalabi dan Imad al-Din Ahmad `Iffat.

Tarikh: 30/5/2007.

SumBer:- Ust Hairul Nizam


JGN PUTUS ASA DR RAHMAT ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Dunia hari ini tidaklah keterlaluan jika ia disifatkan sebagai dunia yang liar atau asing. Liar dan asing kerana ia tampak begitu berjaya mengasingkan rasa kasih dan cinta kepada al-Khaliq dari benak hati manusia hingga tidak lagi gemar berjinak-jinak dengan Allah SWT.

Akhirnya, segala bentuk cinta dunia yang bersifat sementara pantas mengambil alih takhta di hati manusia. Sehingga cinta palsu menyumbang kepada segala kejahatan dan kerosakan di muka bumi.

Dalam mengingatkan kita mengenai fenomena ini, Sheikh Abu Madyan r.a ada menyatakan yang bermaksud: "Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, nescaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya". (Lata'if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).

Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari Allah SWT dan menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.

Namun, sejauh manapun manusia itu memalingkan hatinya dari mengingati Pencipta-Nya, tetap jua Pencipta itu mencurahkan belas rahmat, ihsan dan kasih-Nya yang tidak berbelah bahagi. Walaupun pada setiap saat dan waktu hamba-hamba- Nya berterusan melakukan maksiat dan mengingkari suruhan-Nya.

Hal ini, menunjukkan kehebatan dan kebesaran kasih dan cinta Allah SWT terhadap kita semua.


Walau demikian, sehebat manapun cahaya cinta ilahi di sekeliling kita, ia tidak akan menyinari kehidupan mereka buta mata hatinya. Inilah yang menjadikan jiwa insan kosong dan sunyi walaupun dikelilingi harta kemewahan, anak-pinak dan sahabat handai.

Situasi ini menjadikan dirinya berasa terbeban menunaikan pentaklifan syarak lantaran jiwanya yang kosong dari nikmat bermesra dan bermunajat ke hadrat Allah SWT. Situasi malang ini mungkin turut melanda para agamawan jika sentuhan manhaj atau madrasah cinta ilahi ini tidak mereka temukan dan terapkan dalam perjalanan mereka.

Pelbagai Jelmaan Cinta al-Khaliq

Di antara kunci menemukan sentuhan cinta Ilahi adalah dengan kita bertafakur tentang pelbagai hakikat keluasan cinta-Nya itu. Sesungguhnya seluas mana pun rasa cinta dan kasih yang dipersembahkan oleh makhluk kepada al-Khaliq tidak sedikit pun mampu menyaingi setitis kasih Allah terhadap hamba-Nya.

Yang demikian itu adalah sifat Allah Yang Mulia di mana rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya.

Keharuman kasih Allah SWT kepada manusia turut tersebar wangiannya melalui perutusan Sayyid al-Mursalin Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kurniaan-Nya ke atas orang-orang beriman tatkala mengutuskan buat mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri." (Ali-'Imran 3:164)

Baginda SAW adalah makhluk yang menyebarkan rasa kasih dan kerahmatan ini melalui mutiara kalam, perilaku dan akhlaknya. Maha Suci Allah yang telah mengutus Baginda SAW sebagai penyempurna bagi kemuncak akhlak yang mulia. Baginda SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".

Walaupun Allah SWT berhak menzahirkan kedudukan-Nya sebagai Khaliq dan Rabb dengan apa cara yang dikehendai-Nya, kita akhirnya menerima risalah-Nya melalui sentuhan cinta makhluk pilihan-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Melalui risalah rahmat dan mahabbah (kasih sayang) itu, segala makhluk di muka bumi ini dapat menadah titis-titis rahmat dan kasih Allah SWT mengikut sekadar mana yang diizinkan oleh-Nya. Mereka yang kafir tetap diberi peluang mendengar, meneliti, merenung dan mencari jalan hidayah serta tidak terus diazab berdasarkan kekufurannya.

Kaum munafik tidak diperintahkan agar dibunuh. Bahkan selagi lidahnya menyaksikan "Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah", maka darah dan hartanya terpelihara di sisi Islam walaupun hakikat kesudahan mereka adalah di tingkat terbawah dari tingkatan neraka.

Demikian juga bagi kaum yang fasiq. Mereka diberi ruang dan peluang mencari jalan hidayah sepanjang kehidupannya dan bertaubat membersihkan diri daripada dosa-dosa lalu, tanpa diturunkan azab secara terus seperti mana yang melanda umat nabi-nabi terdahulu.

Inilah sikap pemurah dan belas ihsan Allah SWT kepada makhluk-Nya, sedangkan Allah SWT tidak sedikitpun berkehendak atau perlu kepada makhluk-Nya seperti firman-Nya dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Wahai hamba-hamba- Ku, kalian tidak akan dapat menggunakan sesuatu kemudaratan untuk memudaratkan- Ku dan tidak akan dapat menggunakan sesuatu yang bermanfaat untuk memberikan sesuatu manfaat kepada-Ku".

Melalui hadis qudsi ini Allah SWT menerangkan bahawa setiap maksiat hamba-Nya itu tidak sedikitpun dapat menggoncang kerajaan dan kekuasaan-Nya atau mengurangkan kehebatan-Nya. Dan setiap ibadat hamba-Nya itu tidak sedikitpun memberi manfaat kepada-Nya.

Bahkan kekallah kerajaan Allah SWT gagah perkasa dan berdiri dengan sendiri-Nya tanpa memerlukan bantuan makhluk-makhluk- Nya.

Maka hakikat sebenar Allah SWT memerintahkan hamba beribadat dan menunaikan perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya ialah demi kasih sayang dan rahmat-Nya. Ia agar manfaat semua itu kembali kepada para hamba-Nya, juga untuk faedah dan kebaikan mereka sendiri di dunia dan di akhirat.

Peringatan inilah yang zahir dalam firman Allah, "Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam." (Al-Ankabut 29:6)

Di antara tanda cinta Allah SWT kepada hamba-hamba- Nya juga, Dia sentiasa membuka pintu keampunan-Nya kepada mereka yang melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat.

Malah, Allah SWT melarang para hamba-Nya berputus asa dari rahmat dan kasih sayang-Nya walau sebesar mana pun dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "(Al-Zumar 39:53)

Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan buat mereka dengan pelbagai jalan. Di antara jalannya adalah memperbanyakkan amal kebajikan kerana ia adalah penghapus kejahatan.

Selain itu, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada-Nya sebagaimana dalam maksud sebuah hadis qudsi: "Wahai hamba-hamba- Ku, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) pada waktu malam dan siang, sedangkan Aku mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan kalian".

Memperbanyakkan istighfar dan taubat juga adalah tanda seorang mukmin yang benar dan sempurna dalam keimanannya. Oleh kerana itulah, sekalipun Baginda SAW terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat, Baginda melazimi istighfar dengan jumlah yang banyak setiap hari.

Menurut Sheikh al Islam Imam al Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud r.a, Nabi SAW beristighfar bukan kerana melakukan dosa dan kelalaiannya sebab adalah mustahil bagi kedudukan dan darjat Baginda SAW. Sebaliknya, istighfar Baginda SAW adalah istighfar ibadah sebagai suatu munajat dan berlazat-lazat dalam pengabdiannya kepada Allah SWT.

Inilah suatu sisi daripada gambaran keistimewaan dan kesempurnaan Rasulullah SAW bagi sesiapa yang telah dibukakan oleh Allah SWT pintu untuk mengenali-Nya.

Cinta al-Khaliq terhadap makhluk juga, seperti yang dipetik dari kalam Nubuwwah, lebih hebat daripada kasih seorang ibu yang sentiasa bersungguh-sungguh menjaga, mempertahankan dan menjamin keselamatan bayinya yang masih kecil.

Jika kasih ibu dipuja dan dinobatkan begitu tinggi oleh manusia tanpa mengira agama, maka seharusnya cinta dan kasih Tuhan itu lebih dipuji, dipuja dan didaulatkan. Justeru, wajarlah cinta ilahi itu dibalas dengan rasa pengagungan, taat setia dan menjunjung perintah dengan penuh keikhlasan, keazaman dan keluhuran budi.

Para penghulu salafussoleh yang telah sekian lama meninggalkan kita telah pun mengecapi nikmat ini. Nikmat berlazat-lazatan dalam mencintai Allah SWT dan Allah SWT pula mencintai mereka.

Munajat dan rintihan mereka menjadi perhiasan malam hari dalam usaha mendamba kasih-Nya. Mereka benar-benar telah mendambakan cinta dan kasih al-Khaliq. Cahaya kasih itu pula terpancar dari kalam nasihat dan bicara mereka buat umat.

Bicara, nasihat dan pedoman mereka terbit dari hati yang telah disirami dengan cinta al-Khaliq. Lantas apa yang disampaikan benar-benar membekas di hati para pendengarnya. Lalu diamalkan dan dijadikan sebagai manhaj ikutan dalam kehidupan sehingga ke hari ini.

Demikianlah keistimewaan dan keajaiban bagi hati yang telah disinari cahaya kasih dan cinta Allah SWT.

Maka tiada lagi pilihan bagi golongan beriman selain berusaha mencari jalan memburu kasih dan cinta-Nya. Terdapat pelbagai jalan melalui amal kebajikan dan peribadatan untuk meraih kasih-Nya, sebanyak nafas yang keluar masuk di jasad insan.

Memburu cinta Allah juga bererti memburu cinta para kekasih Allah yang boleh menyampaikan kita kepada Allah. Apabila kita dihimpunkan bersama para kekasih Allah SWT yang benar-benar mendapat pandangan khusus dan inayah-Nya, pada saat itulah segala kalam bicara, tindak-tanduk dan seruan kita menjadi cerminan bagi sunnah Penghulu Segala Rasul, Sayyiduna Muhammad SAW.

Semoga kita semua benar-benar dapat mengecapi nikmat cinta ilahi. Cinta Tuhan Yang Maha Tinggi, yang menyifatkan sifat cinta, kasih dan rahmat pada diri-Nya melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji. "(Asy-Syura 42:28)..

Wallahu a'lam.

AZIMAT BUAT LELAKI

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K :-

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Wallahu A'lam.

Monday, September 14, 2009

ISTIMEWA 7 GOLONGAN DI SISI ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



Baginda Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik khususnya dalam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan dan contoh yang berjaya dalam melaksanakan tuntutan pelbagai jenis ibadat sebagai pengajaran kepada umatnya bagi mendapatkan tempat yang selesa di sisi Allah SWT pada hari kiamat.

Di mana terdapat tujuh jenis golongan manusia yang berjaya mendapat tempat di sisi Allah kerana melakukan amalan berdasarkan ilmu pengetahuan yang diwariskan oleh baginda kepada mereka..

Kejayaan mereka itu untuk beramal dengan amalan-amalan yang baik menurut syarak adalah disebabkan ketekunan mereka untuk bergaul dengan insan-insan yang memiliki budi pekerti yang baik, apatah hubungan yang intim dengan Allah SWT selaku Pencipta seluruh alam.

Perkara ini ada ditegaskan Allah menerusi kalamnya yang bermaksud: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." (Surah al-Kahfi 18:28)

Itulah jalan bagi memastikan kedudukan iman, pegangan serta kepercayaan terus utuh melalui persahabatan dengan orang-orang yang boleh mengingatkan kita kepada Allah SWT, bukan sekadar itu, malah mencemburui serta memburu tempat di akhirat seperti tujuh golongan yang terselamat daripada ditimpa panas terik matahari sejengkal di atas kepala.

Rasulullah s.a.w ada menegaskan mengenai TUJUH GOLONGAN tersebut menerusi sabdanya yang bermaksud: "Tujuh golongan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, remaja (lelaki atau perempuan) yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang digoda oleh seorang perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitiskan air matanya kerana mengingatkan sifat Mulia dan sifat Agung Allah." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Jelas dari apa yang disabdakan oleh baginda dalam hadis tersebut di atas, memberitahu kita bahawa golongan yang disebut itu adalah mereka yang benar-benar melaksanakan tuntutan ajaran agama Islam dalam hidup mereka, justeru mereka dianugerahkan balasan yang baik dari Allah setimpal dengan apa yang telah disumbangkan untuk kebaikan Islam.

Bukan mudah untuk menjadi hamba Allah yang sanggup berkorban demi Allah dalam segenap tuntutan kehidupan, apatah lagi terpaksa berhadapan dengan ujian yang mesti dilalui seperti yang dialami oleh tujuh golongan di atas.

Apatah lagi kepada umat Muhammad masa kini yang tenggelam dalam banyak perkara yang tidak ada hubungan dengan nilai keagamaan, termasuklah gelagat dalam bulan Ramadan dan malam hari raya, mereka memperlihatkan betapa aspek agama perlu dipelihara pada waktu tertentu secara bermusim, sehingga tindakan mereka itu tidak menjadikan mereka mampu untuk menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Golongan yang ketujuh yang disebut oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas iaitu yang mengingati (berzikir) kepada Allah hingga menitiskan air mata bukan mudah untuk ditemui pada zaman ini, kerana manusia pada hari ini tidak memelihara sumber pemakanan yang diambil (hasil pendapatan), tidak mengendahkan pantang larang agama, halal dan haramnya sesuatu yang diperolehinya serta tidak mempedulikan nilai-nilai agama dalam kehidupan mereka, malah Islam dipinggirkan dalam hidup mereka.

Pendekatan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata

Sehubungan itu, Allah menjelaskan menerusi firmannya yang bermaksud : "Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Surah al-Isra’ 17:109)

Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.

Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.

Allah SWT menegaskan lagi di dalam alquran,maksudnya : "Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Surah Az-Zumar 39:22)

Jelas daripada ayat dan hadis di atas, menunjukkan bahawa nilai air mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT diganjari dengan pahala dan menyebabkan si pelakunya akan dimasukkan dalam syurga, begitulah sebaliknya jika seseorang itu yang menangis bukan kerana takut kepada Allah, maka dia akan dimasukkan dalam api neraka, malah air mata yang dialirkan itu akan menjadi saksi terhadap apa yang dilakukan selama hidup di dunia, sama ada air mata itu akan menjadi penolonga baginya atau sebaliknya.

Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah

Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT:

1. Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.

2. Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.

3. Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.

4. Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah.

5. Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.

Sehubungan itu juga, Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah ada menegaskan, bahawa terdapat jenis tangisan yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan kefahaman serta penghayatan seseorang itu terhadap agamanya:-

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2. Menangis kerana rasa takut.

3. Menangis kerana cinta..

4. Menangis kerana gembira.

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6. Menangis kerana terlalu sedih.

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (Surah AnNajm 53:43)

Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Ibadat pada waktu malam

Sesungguhnya waktu malam adalah satu waktu yang disifatkan paling penting dan utama, bukan sahaja ia bersifat hening dan tenang, malah jauh dari sebarang rasa sikap untuk menunjuk-nunjuk ibadat yang dilakukan kepada orang lain.

Justeru peristiwa penting dalam sejarah Islam kebanyakannya berlaku pada waktu malam seperti peristiwa penurunan al-Quran malam al-Qadr, peristiwa penghijrahan baginda Rasulullah dan Abu Bakr, Israk Mikraj dan lain-lain.

Begitulah juga dengan Rasulullah s.a.w yang merupakan hamba maksum yang dijanjikan Allah syurga, tetapi baginda tetap mendirikan ibadat pada malam hari sehingga pecah-pecah kedua-dua telapak kakinya. Demikianlah gambaran hamba yang mampu bersyukur ke atas nikmat anugerah Allah kepadanya.

Hadis daripada Ali Said r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda: Barang siapa terjaga daripada tidur di waktu malam, dan mengejutkan keluarganya, lalu sembahyang dua rakaat, ditulis bagi mereka itu dalam golongan orang yang mengingati Allah lelaki dan perempuan - Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah.

Abdullah bin Salam menyatakan kata-kata yang mula-mula sekali beliau dengar daripada Rasulullah s.a.w. ialah sabdanya: Wahai manusia berilah salam, beri makan dan hubungkan silaturahim, dan sembahyang malam ketika orang ramai tidur, kamu semua masuk syurga dengan selamat sejahtera - Riwayat Tarmizi.

Sesungguhnya mendirikan ibadat di waktu malam itu amalan para salehin dan muqarrabin. Ia memberi kesan pada pembentukan peribadi, menyumbang kebahagiaan di dunia dan akhirat, menghindarkan penyakit, meraih ketenangan.
Rasulullah s.a.w. menggesa agar setiap orang melakukannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkannya. Ketika sakit atau terasa malas, baginda sembahyang dalam keadaan duduk. - Riwayat Abu Daud.

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim

FADHILAT RAMADHAN 2

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Dari Anas r.a berkata, telah masuk bulan Ramadhan lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:

“ Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi ”.

Huraian Ringkas.

Di sini marilah kita mengambil iktibar dari beberapa kisah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. dan Wali-wali Allah s.w.t. yang beribadat ketika berada di Bulan Ramadhan.

1. Umar Al-Khattab r.a. akan sentiasa bersolat setiap malam sehingga waktu Subuh menjelma.

2. Uthman r.a. setelah berpuasa sepanjang hari, akan menghabiskan malam dengan bersolat. Beliau hanya tidur sekejap di bahagian permulaan malam. Beliau akan mengkhatamkan Al-Quran di dalam satu rakaat solatnya.

3. Hazrat Qatadah rah. mengkhatamkan seluruh Al-Quran di dalam setiap tiga malam Ramadhan. Sementara di dalam sepuluh malam terakhir beliau akan mengkhatamkannya setiap malam.

4. Seorang Wali Allah yang terkenal iaitu Ibrahim Adham pula sepanjang Ramadhan tidak akan tidur sama ada siang ataupun malam.

5. Imam Syafie rah. pula di sepanjang Ramadhan menghabiskan enam puluh kali Al-Quran di dalam solatnya sama ada di waktu siang ataupun malam.

Semoga sedikit sebanyak dari kisah-kisah di atas dapat kita mengambil pelajaran darinya.. Walaupun diakui sukar untuk kita lakukan lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, tetapi kita mestilah bertekad untuk mendapatkan fadhilat Lailatul-Qadr tahun ini. Siapa tahu kita tidak akan berjumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan.

WAllahuA'lam..

Saturday, September 5, 2009

KESILAPAN MUSLIM BULAN RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kurangnya perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. . Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat 57:18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatkala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanproduktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di bulan Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Suyuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan semasa berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu yang berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Renung-renungkan & Selamat beramal.


SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA..


.:: KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN YANG MAHA ESA ::.