بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah masih memberi nikmat sihat dan lapang, dua nikmat yang sering dilalaikan kebanyakan manusia termasuklah diri ini. Alhamdulillah selesai sudah DPMT league yang telah berlangsung selama 5 hari di istad tanta, moga-moga dengan riadhoh(sukan) jasmani ini memupuk lebih lagi kerajinan untuk melakukan ibadah kepada Allah s.w.t selaku hambanya di atas muka bumi ini.
"Akal yang cerdas dari tubuh badan yang sihat".
Sudah lama rasanya diri tidak menulis di laman sesawang ini, entah kenapa hati terasa ingin menulis dinihari ini. Begitu tenang,moga ada hikmah ilahiyah di sebaliknya.
Seandainya kita mahu Allah memaafkan kita, kita hendaklah senantiasa menjadi seorang pemaaf apabila berlaku perselisihan dalam pergaulan dan sewajarnyalah jua kita memaafkan orang lain rela melupakan kesalahan-kesalahan mereka. Ini merupakan sebahagian daripada maksud berbuat baik kepada insan lain. Allah menerangkan ciri hamba-hambaNya yang beriman:
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَIaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), pada waktu lapang mahupun sempit, orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang melakukan kebaikan. (
Ali Imran 3: 134).
Bahkan, Allah berfirman:
وَلَا يَأْتَلِ أُوْلُوا الْفَضْلِ مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُوْلِي الْقُرْبَى وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (
An Nur 24: 22).
Kesemua amal kebajikan akan menjadikan kita semakin akrab dengan Allah, terutamanya kebaikan yang dilakukan kepada insan lain. Kita sepatutnya melakukan kebaikan kepada semua makhluk sebagaimana dilakukan kepada semua insan. Tidak kira sama ada kebaikan ini datang dalam bentuk akhlak yang baik, menjaga adab pergaulan,tidak menyakiti hati mana-mana insan,berkongsi harta, membantu insan lain menggunakan kemampuan dan pengaruh kita, atau mendoakan mereka. Antara contoh akhlak baik, mereka yang memberi hutang dan memaafkan si pemiutang tatkala kesusahan yang dialami si pemiutang untuk menjelaskan hutangnya.
وعنْ أبي هُريرةَ ، رضي اللَّه عَنْهُ ، أنَّ رَسُول اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ : « كَانَ رجلٌ يُدايِنُ النَّاسَ ، وَكَان يَقُولُ لِفَتَاهُ : إذا أَتَيْتَ مُعْسِراً فَتَجاوزْ عَنْهُ ، لَعلَّ اللَّه أنْ يَتجاوزَ عنَّا فَلقِي اللَّه فَتَجاوَزَ عنْهُ » متفقٌ عَليهِ .Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Terdapat seseorang yang sering memberi hutang. dia akan berkata kepada pembantunya: Maafkan mereka daripada hutang tersebut, boleh jadi Allah akan memaafkan kita. Lelaki itu bertemu Allah (meninggal dunia), Lalu Allah benar-benar Mengampuni dia. [
Sahih al-Bukhari (3246) dan Muslim (2930)]