Wednesday, September 24, 2008

Tetap Bersinar Selama RamadHan-TAg-

Salam pembuka bicara..
Terima Kasih Buat saudari Nabilah a.k.a cikgu bella dari teratak mayanya MUYASSARAH.BLOGSPOT kerana memforwadkan @ bhs kasar ala ganas berjaya mengenakan games yg amat mencabar ini pd ana. Pada mulanya berat utk ana nk post blk, walaupun diketahui objektif game ini hanya menguntungkan pihak lawan jer,mana taknya nak mncungkil segala strategi dan rancangan yg tlh disusun rapi dgn diaju2kan soalan2 yg bertubi2 yg memaksa ana memerah sebanting tulang empat kerat utk mnjawabnya(ahaksss) ..Hakikatnya jua pada dasar laut hitam games ni agak membuang masa zahirnya kerana turunnya permainan ini di bulan mulia yg sewajarnya menuntut kita melakukan lbh byk ibadah2 ,qiam malam,Az zikr dan seumpama waktu dgnnya akan ttp jika dilihat dari segi kebatinannya ia dpt mmberi kita sedikit sebanyak manfaat,input2 dan maklumat di mana harus kita perjawabkan sejujur2nya kullu suwalan allati tursilinani(arabic plak,siap ibdal harful wau lagi,huhu= mean All question was sented by her to me :) )kerna ia melambangkan kejatian diri seseorang answerer yg tau mana baik buruknya,mumayyiznya seseorang itu(xpaham,buat2 paham je la,:-?)..

Janibi zalika,ana postkan kembali lambang icon yg kelihatan gah sgt2 ni kerna dgn hanya icon yg berbentuk kepala sekerat dan memakai kaca mata hitam ini jer dpt mengeratkan silaturrahim dan memupuk mahabbah berpuluhan ribu kaki2tangan blogger sesama kita antara satu sama lain.Senyumanmu amat manis sekali walaupun ape jer rintangan yg melanda kau ttp tersenyum indah dan terang bersuluh mnjadi penyuluh kehidupan kita di malam hari.Tp naper warna kuning tu mnjadi pilihan lubuk hatimu?dek kerana ader hubungan dgn kaumkerabat diraja??dek kuning tu warna telur yg disapukan ats kuih tat gulung,ehe..Watevala,jnji tersergam indah :-)..


AlaKulli hal,drpda ana duk merapu lbh byk lg,wajarnya game ni dimulakn sepantas kelajuan cahaya memancar kerna byknya percakapan seseorang tu akan byknya kesilapan2@ khoto'2 yg lahir dr kalam itu..:)
So..SoalanNya berbunyi begini:-

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
AlQuranul Karim..ia merupakan dusturislam kita,perlukan istiqomah dlm murajaah lbh2 lg apabila dah dipertanggungjawabkan utk mulazamahnya senantiasa sewajar dgn hamilulQuran,ahluLLAh..

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Nasi arab Nus Firokh..

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
Di rumah,di mana2 aje tmpat2 yg tiadanya maksiat dgn alat2 bertali,lagho @ seumpama dgnnya..:)

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Hubungan sebagai hamba kpd kholiqnya insyaallah berkekalan.
Hubungan dgn makhluk2 ciptaanNYA,berterusan baik dan berjumpa semula di firdaus azmi kelak.

5. Adakah anda di lamun cinta?
Ntah..Blurr jer..yg penting,WaAn yuhibbalmar'A la yuhibbuha illa LILLAH.:)

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
Restoran Halal Bangkok..pekena Paprik mutiara,pergh layan jer..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Selalu beli masa ma'rod jer,Ma'Rod Buku di Solah salim dah lama tutup..So,dah xbeli tunggulh thn depan,br beli..Amalan beli kitab sekaligus,ahakss..
Last kitab -MinhatulBari ala syarh Bukhari muallif zakaria Alansori..


8. Apakah nama penuh kamu?
Ahmad SyauKani Ibnu Ghazali..pgl jer syau,x pn pape jela asal xburuk nm tu dan seeeeeedap didengar...uhuhu

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Dua2 mudah dan senang..kira kamcingla,tp selalunya ade hal,umilah tmpat rujukan utama,ehehe..

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Nabi kita JUNJUNGAN RASULLULAH S.A.W NabiyyuNa..Kekasih,Pesuruh ALLAh.

11. Christina atau Britney?
SoalaN minta ditukar..tanyala sape tokoh ulama muassirin ker @ blabla..yg menambahkan tak kurang thaqafah kita ni,hehe..

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
yup..selagi kudrat masih ada,gosok2 cuci baju tu sampai berkilat..Skiranya ada keuzuran maka terpaksalah guna bantuan model masa kini,washing machine(kes darurat jer ni)..

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
tempat2 bersejarah islamiah..insyaAllah murah rezeki nk tunaikan kewajipan bg yg mampu jer rukun islam yg ke 5 ..nk ke haramain,majid nabawi assyarif..Btw siru fil Ardi,fanzuru kaifa kana akibatul mufsidin.

14. Pelukan atau ciuman?
Pelukan Sahabat,berjumpa dan bertemu dgnnya ikhlas liLLah taala.
Ciuman kasih sayang oleh ibubapa yg xberbelas lagi pengorbanan mereka.

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
1. Ismuha muyassarah a.k.a nabilah..kenalan agama baru secara musyafahah alam maya..
2. Jumpa beliau di iluvislam rasa2nya.klu salah tempat tu,harap nm berkenaan btulkan la yer..Mcm knal,tp di mana yer??..
3. Panggilan dia..ada kronolog nya,huh..Awal perknalan pgl nabilah,then muyassarah,then cik bella,last2 cikgu bella..:)
4. ana slalu kunjung blog beliau..nak kata follower xlah jg,mgkin bacaan hasil pena2nya bleh redakan mana2 insan yg tgh tension tahap air mengelegak,ataupun meneutralkan blk insan2 yg mengalami kemurungan,neuorisis..huhu..
5. Copy Text,ahakss-melalui pengamatan yg xberape nk amat dr penulisan beliau, beliau ni happy go lucky kot org nye.. agaknye je lah.
(P/S to Cikgu Bella: masukkn elaun dlm akaun ana sbb terpuji lebih dr batasan kemanusian :P)

16. 8 perkara yang amat saya gilai
1. Menuntut ilmu minal mahdi ila lahdi..
2. Jaulah mana2 tmpa bersejarah..siru filardi :)
3. Bersukan, alaqlu salim fil jismi salim..
4. Ramaikan Kenalan..
5. Surfing internet..
6. Bersembang2..tp xgila sgt kkdg suka mnyendiri,ehehe
7. Mengemas...xsuka halaman kotor,mgundang Ketidakselesaan..
8. Tido kena cukup atau lbh jam..jgn kurang,xsihat..uhuk:)

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
1. Alhamdulillah
2. La ilaha illa Allah
3. Innalillah
4. Masya Allah
5. Astagfirullahal Azim
6. setaro mano..
7. bereh
8. sedak pok kito

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
1. Tafsir Pimpinan ArRahman
2. Puasa Nabi Mukhtasor Abu Harith& ummu Harith
3. Risalah Ramadhan
4. Manhaj Aqidah
5. Ancaman Bahaya sekularisme
6. Al HAdi Qiraat
7. Novel AKu bukan Utkmu
8. Buku 5

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
1. Nasyid2 Malay song
2. Qatrunnada Indon
3. Oppik indon
4. Akhill Hay song
5. Arabic islamic song
6. -
7. -
8. -

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
1. Belajar dan beramal..istiqomah wa mulazamah..:)
2. Mendampingi Ulama amilin Warasatul Anbiyak.
3. AmaR makruf,nahyul munkar.
4. Cuba brkata dgn apa yg dilakukan..
5. Bykkan kenalan,sambungkan silaturrahim.pnjg umur,murah rezeki:)
6. Jaga akhlak & peribadi sbg muslim
7. Ingatkan mati,perbanyakkan zikir dan amal ibadah
8. Jauhkan diri dr habuan dunia..Wamal HayatuDdunia iLLa MataUl'ghurur..

20. Mari mengetag 8 orang lain.
Ni kes balas dendam ker..ish2,ana xbuat kerja2 ni..huhu.
senarai nama2 yg men blasah jer pilih tanpa pilih kasih-masih...

1. Muyassarah - Puan Yg mng-tag..Cikgu Bella
2. Fadeer - Saudara SeiBu pngajian..
3. NAim - Saudara ahliBaitku yg dikasihi
4. LISAM - Saudara yg br shja kenal.
5. Rosli - Uncle yg dikasihi
6. AmeeN - sahabat se jajahan
7. Ameer - sahabat kpd sahabt se jajahan,hu3
8. Saper2 nak..jd sukarelawan di persilakan

P/s = Games NI sekadar mnghiburkan naluri dr melakukan bnda2 lain yg kurang faedah dan melaghakan..Segala yg Baik itu diikuti,jahat itu ditinggalkan..Ma Asobaka min sayyiah famin nafsi,Wama asobaka min hasanah faminaLLAH,,Yg Baik itu Dr Tuhan,Buruk Kelemahan Diriku.....Sekian dr pena,wslm (^_^)..

Thursday, September 18, 2008

Kerana Dia Manusia Biasa...

Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.

Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.



Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam.

Thursday, September 11, 2008

DOA PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai "La 'al lakum tat takuun" maksudnya dengannya kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt.

Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini "La 'al lakum tat takuun", tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap "tat takuun" itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu " Faya 'ajaban liman adraka ramada na fala yukh farulah", iaitu maksudnya "Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya". Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom.




Lailatul Qadar dan Doanya

Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang Ramadhan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadhan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi "Bilakah berlaku malam Qadar?". Nabi bertanya kepada Aisyah semula "Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?". Aisyah menjawab "Saya tak tahu" kemudian Aisyah bertanya lagi "Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?". Nabi berkata kepada Aisyah "Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya". Aisyah bertanya lagi "Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?" Nabi jawab "Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah "Allah humma innaka 'afuu 'un karimun tuhib bul 'af wa fa' fu 'anni" (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa? Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.

Tuesday, September 9, 2008

KE MAna HAlatuju MAlaysia


Walaupun mungkin '16 September' bukanlah tarikh yang bakal menjadi tarikh keramat perubahan kerajaan yang dihasratkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato'Seri Anwar Ibrahim, namun umum tidak lepas dari membincangkan pro dan kontra peralihan kerajaan.

Pelbagai pandangan disuarakan pelbagai peringkat pemimpin, dari kerajaan hingga pembangkang yang rata-ratanya dilihat begitu teruja untuk mengulas isu '16 September' dan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi paling 'tegas' menyatakan ia tidak akan terjadi.

Begitupun, Anwar bersama Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tegas dengan pendirian bahawa perubahan perlu berlaku, dan proses ke arah pembentukan kerajaan baru itu bagi mereka mengikut landasan yang telah ditetapkan.

Seperti kata Husam, bahawa perubahan kerajaan kepada kerajaan baru ini adalah amat penting kerana ia adalah berdasarkan kepada 'mood' rakyat yang tercerna ketika ini yang rata-ratanya bosan dengan kelemahan pemerintahan Abdullah.

Abdullah paling jelek di pandangan mata rakyat apabila kerap kali dikaitkan dengan isu pentadbiran berasaskan 'tingkat 4' seperti kata Tun Mahathir Mohamad bahawa Abdullah berpaksikan menantunya, Khairy Jamaluddin.

Namun pandangan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali yang kurang yakin dengan tarikh '16 September' tidak perlu dipinggirkan memandangkan Mustafa berpengalaman bersama-sama Perikatan membentuk kerajaan tanpa pilihan raya (dengan penggabungan) pada tahun 1973.

Namun secara umumnya, PAS sendiri seperti kata Mursidul Amnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa parti itu tidak terikat dengan tarikh-tarikh tertentu tetapi komited ke arah perubahan kerajaan menggantikan kerajaan yang ada hari ini.

Menarik jika diselami kenyataan Husam yang menyimpulkan semua ramalan dan rumusan berhubung 16 September dengan sebaris ayat 'Pakatan Rakyat adalah manifestasi rakyat untuk melihat kerajaan yang lebih adil bersih dan baik'.

Pastinya, seluruh mata akan tertumpu kepada tanggal 16 September ini yang jatuh pada hari Selasa bersamaan 15 Ramadan, samada sejarah akan tercipta dengan Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya.

Namun terdengar di telinga penulis, rakyat pastinya mahukan perubahan kerana perubahan sahajalah yang boleh membawa sedikit sinar baru dalam perjalanan hidup mereka yang 'rebah' kerana kepintaran pengurusan ekonomi 'kerajaan tiga beranak'..

Tuesday, September 2, 2008

AnDai Ini RamadHanku Yg Terakhir



Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi


Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..


ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………
.:: KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN YANG MAHA ESA ::.