Saturday, September 27, 2008

Tips 10 Malam Terakhir RAMADHAN

SAlam pembuka tinta Bicara..
Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.


Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

AL-QURAN TURUN TUJUH HURUF

Sabda Rasulullah Shallullahu ‘Alaihi Wassallam.

إن هذا القرءان أنزل على سبعة أحرف فاقرءوا ما تيسر منه

رواه البخاري

“sesungguhnya A-Quran Ini Telah Diturunkan Dalam Tujuh Huruf Maka
Bacalah Olehmu Mana Yang Mudah Daripadanya.”

(Riwayat al-Bukhari)

1) Para Ulama’ Berselisihan Pendapat Mengenai Maksud Tujuh Huruf
Tersebut Sehingga Melebihi 40 Pendapat.Di Antara Pendapat Yang Mashur:

(1) Tujuh Huruf Bermaksud TUjuh Loghat (bahasa) Iaitu:
1- Loghat Quraisy قريش
2- Loghat HUdzail هذيل
3- Loghat Thaqif ثقيف
4- LOghat Hawazan هوازن
5- Loghat Kinanah كناية
6- LOghat Tamim تميم
7- Logaht Yaman يمن

2) Tujuh Huruf Bermaksud Segala Makna Hukum-Hakam Iaitu:
1- Halal حلال
2- Haram حرام
3- Muhkam محكم
4- Mutasyabih متشابه
5- Amthal أمثال
6- Insya’ إنشاء
7- Akhbar أخبار

3) Tujuh Huruf Bermaksud:
1- Nasikh ناسخ
2- Mansukh منسوخ
3- Khas خاص
4- ‘Am عام
5- Mujmal مجمل
6- Mubaiyin مبيّن
7- Mufassar مفسّر

4) Tujuh Huruf Bermaksud:
1- Wa’d وعد
2- Wa’id وعيد
3- Mutlaq مطلق
4- Muqayyad مقيّذ
5- Tafsir تفسير
6- I’rab إعراب
7- T’wil تاويل



2) Menurut Imam al-Jazari Memikirkan Maksud Hadis Tersebut
Lebih Kurang 30 Tahun Maka Beliau Merumuskan Bahawa Yang
Dimaksud Dengan Tujuh Huruf Ialah:

(1) Berubah pada Baris Sahaja Tidak Pada Huruf, Makna Dan
Bentuk Tulisan.

Contoh: يَحْسَبُ -Surah al-Humazah : Ayat 3

يَحْسِبُ -Bacaan Bagi Imam Nafi’, Imam Ibnu Kathir, Imam Abu Amru,
Imam al-Kisaie, Imam Ya’kub, Imam Khalaf al-’Aasyir.

(2) Berubah Pada Baris Dan Makna Sahaja Tidak Pada Huruf Dan Bentuk Tulisan.

Contoh: فَتَلَقَّى ءَادَمُ مِن رَّبَّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ -Surah al-Baqarah : Ayat 37

فَتَلَقَّى ءَادَمُ مِن رَّبَّهِ كَلِمَاتٌ فَتَابَ عَلَيْهِ -Bacaan Bagi Imam Ibnu Kathir

(3) Berubah Pada HUruf Dan Makna Sahaja Tidak Pada Baris Dan Bentuk Tulisan.

Contoh: تَبْلُوْا -Surah Yunus : Ayat 30

تَتْلُوْا -Bacaan BAgi Imam al-Kisaie, Imam Khalaf al-’Aasyir

(4) Berubah Pada Huruf Dan Bentuk Tulisan Sahaja Tidak Pada Makna Dan Baris.

Contoh: صِرَطَ -Surah al-Fatihah : Ayat 6

سِرَاطَ -Bacaan Bagi QUmbul Dan Dan Ruwais.

(5) Berubah Pada Huruf, Baris Dan Bentuk Tulisan Sahaja Tidak Pada Makna.

Contoh: وَ لا يَأْتَلِ -Surah al-Nur : Ayat 22

وَ لا يَتَأَلَّ -Bacaan Bagi Imam Abu Ja’far

(6) Berubah Segi Taqdim (dahulu) Dan Ta’khir (kemudian)

Contoh: وَ قَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ -Surah Ali ‘Imran : Ayat 195

وَقُتِلُواْ وَ قَاتَلُواْ -Bacaan Bagi Imam Hamzah, Imam al-Kisaie, Imam Khalaf
al-’Aasyir

(7) Berlaku Pertambahan Dan Pengurangan Huruf.

Contoh: وَ وَصَّى -Surah al-Baqarah : Ayat 132

وَ أَوَصَّى -Bacaan Bagi Imam Nafi’, Imam Ibnu ‘Aamir, Imam Abuu Ja’far

10 IMAM QIRAAT

1. Imam Nafi’ (امام نافع)
- Nama Sebenar nafi’ Bin Abdul Rahman Bin Allaisi.
Nama gelaran Beliau Ialah Abu Ruyam.
- Bersifat Mulia Dan baik Hati.
- Wafat Pada tahun 167 Hijrah Ketika Berumur 99 Tahun.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Qalun ( Abu Musa Bin Mina Bin Wardan Bin Isa Abdul Samad)
- Dilahirkan Pada Tahun 120 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada
Tahun 220 Hijrah.
(2) Warsy (Abu sa’id Othman Bin Sa’id Bin Abdullah Al-Qibti Al Masri)
- Dilahirkan Pada Tahun 110 Hijrah DanMeninggal Dunia Pada Tahun
197 Hijrah.

2. Ibnu kasir (ابن كثير)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu sa’id Abdullah Bin Kathir Bin ‘Amru
Bin Adbullah Bin Zazan Bin Fairuz Bin Hirmuz Al-Dari).
- Dilahirkan Pada tahun 45 Hijrah.
- Wafat Pada tahun 120 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Al Bazzi (Abu Hasan Ahmad Bin Muhammad Bin Abdullah Bin Al-Qasim Bin
Nafi’ Bin ABi Bazzah Al-Makki.
- Dilahirkan Pada Tahun 170 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada tahu
250 Hijrah.
(2) Qunbul ( Abu ‘Amru Muhammad Bin Abdul Rahman Bin Muhammad Bin Khalid
Bin Sa’id Bin Al-Makhzumi.
- Dilahirkan Pada tahun 195 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada Tahun
291 Hijrah.

3. Abu Amru (ابو عمرو)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu ‘Amru Ziban Bin Al-’Ala’ Bin Al-’Iryan
Bin Abdullah Bin Al-Husain Al-Mazani.
- Dilahirkan Pada Tahun 68 Hijrah.
- Wafat Pada Tahun 154 Hijrah.
- Mempunyia 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Al-Duri ( Abu ‘Amru Hafsh Bin Umar Bin Abdul Aziz Al-Nahwi Al-Baghdadi.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 246 Hijrah.
(2) Al-Susi ( Abu Syu’aib Shalih Bin Ziad Bin Abdullah Bin Ismail Bin Al-Jarud.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 261 Hijrah.

4. Ibnu ‘Aamir (ابن عامر)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu ‘Imran Abdullah Bin ‘Aamir Bin Yazid Bin
Tamim Bin Rabi’ah al-Yahshabi.
- Dilahirkan Pada Tahun 8 Hijrah.
- Wafat Pada Tahun 118 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Hisyam ( Abu Al-Walid Hisyam Bin ‘Ammar Bin Nasir Bin Maisarah Al-Salma)
- Dilahirkan Pada Tahun 153 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada Tahun
245 Hijrah.
(2) Ibnu Dzakuan ( Abu ‘Amru Abdullah Bin Ahmad Bin Basyir Bin Dzakuan.
- Dilahirkan Pada Tahun 173 Hijrah Dan Wafat Pada Tahun
242 Hijrah.

5. ‘Aashim (عاصم)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu Bakar ‘Aashim Bin Abdullah (Abi Najud)
Bin Bahdalah Al-Asadi.
- Wafat Pada Tahun 127 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Syu’bah ( Abu Bakar Syu’bah Bin ‘Iyasy Bin Salim.
- Dilahirkan Pada Tahun 95 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada tahun
193 Hijrah.
(2) Hafsh ( Abu Umar Hafsh Bin Sulaiman Bin Al-Mughirah Bin Abi Daud Al-Kufi.
- Dilahirkan Pada Tahun 90 Dan Meninggal Dunia Pada Tahun
190 Hijrah.

6. Hamzah (حمزة)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu ‘Imarah Bin Habib Bin ‘Imarah Bin
Ismail Al-Zaiyat.
- Dilahirkan Pada Tahun 80 Hijrah
- Wafat Pada Tahun 156 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Khalaf ( Abu Muhammad Khalaf Bin Hisyam Bin talib Al-Bazzar)
- Dilahirkan Pada Tahun 150 Hijrah Dan Meninggal Dunia Pada Tahun
220 Hijrah.
(2) Khallad ( Abu Isa Khallad Bin Khalid Al-Syaibani Al-Kufi.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 220 Hijrah.

7. Al-Kisaie (الكساءى)
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu Al-Hasan Ali Bin Hamzah Bin Abdullah
Bin Othman Al-Nahwi.
- Dilahirkan Pada Tahun 119 Hijrah.
- Wafat Pada Tahun 189 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu:
(1) Abu Al Harith ( Al-laith Bin Khalid Al-Marwazi Al-Baghdadi)
- Meninggal Dunia Pada Tahun 240 Hijrah.
(2) Al-Duri ( Abu ‘Amru Hafsh Bin Umar Bin Abdul Aziz Al-Nahwi
Al-Baghdadi.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 246 Hijrah.

8.Imam Abu Ja’far Al-Madani ( ابو جعفر المدني )
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu Ja’far yazaid Bin Al-Qa’fa’
Al-Makhzumi Al-Madani.
-Wafat Pada tahun 130 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu :
(1) Abu Al-Harith ( Isa Bin Wardan Al Madani )
- Meninggal Dunia pada Tahun 160 Hijrah.
(2) Ibnu Jammaz ( ABu Al-rabi’ Sulaiman Bin Muslim Bin Jammaz
Al-Madani.
- Dilahirkan Pada Tahun 117 Hijrah
- Meninggal Dunia Pada Tahun 170 Hijrah.

9. Imam Ya’qub Al-Hadhrami ( يعقوب الحضرمى )
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu Muhammad Ya’qub Bin Ishaq Bin
Zaid Bin Abdullah Bin Abu Ishaq Al-hadhrami Al-Bashri.
- Dilahirkan Pada Tahun 117 Hijrah.
- Wafat Pada Tahun 205 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu :
(1) Ruwais ( Abu Abdullah Muhammad Bin Al-Mutawwakil Al Bashri.
- Meninggal Dunia Pada tahun 238 Hijrah.
(2) Abu Al-Hasan Rauh Bin Abdul Mu’min Al-Bashri.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 234 Hijrah.

10.Imam Khalaf Al-’Asyir ( خلف العاشر )
- Beliau Ialah Rawi Pertama Bagi Imam Hamzah Al-Kufi.
- Nama Sebenar Beliau Adalah Abu Muhammad Khalaf Bin Hisyam Bin
Talib Al-Bazzar.
- Dilahirkan Pada Tahun 150 Hijrah.
- Wafat Pada Tahun 229 Hijrah.
- Mempunyai 2 Anak Murid Iaitu :
(1) Ishaq ( Abu Ya’qub Ishaq Bin Ibrahim Bin Othman Al-marwazi
Al-Baghdadi.
- Meninggal Dunia Pada Tahun 286 Hijrah.
(2) Idris ( Abu Al-hasan Idris Bin Abdul Karim Al-Haddad Al-Baghdadi.
- Dilahirkan Pada Tahun 189 Hijrah.
- Wafat Pada tahun 292 Hijrah.

ISTILAH-ISTILAH PENTING

1) Qiraat ( القراءت ):
Iaitu Bacaan Yang Disandarkan Kepada Salah Seorang
Daripada Imam-Imam al-Qurra’Yang Mana
Bersambung Bacaan Mereka (sanadnya) Kepada
Rasulullah S.A.W.

2) Imam ( إمام ):
Iaitu Orang Yang Disandarkan Bacaan Kepadanya serta
Menjadi Menjadi Ikutan Umat Khususnya Bagi Mereka Yang
Sezaman Dengannya.

3) Riwayat ( رواية ):
Iaitu Bacaan Yang Disandarkan Kepada Orang Yang
Meriwayatkan Bacaan Daripada Imam Qurra’.

4) Rawi ( راوى ):
Iaitu orang Yang Meriwayatkan Bacaan Daripada Imam Qurra’.

5) Toriq ( طريق ):
Iaitu Bacaan Yang Disandarkan Kepada Orang Yang Meriwayatkan
Bacaan Dariapada Rawi. Demikian Juga Orang Yang Meriwayatkan
Bacaan Dariapada Rawi Tersebut Dinamakan Sebagai Toriq. Penggunaan
Istilah Toriq Tidak Dikhususkan Bagi Mereka dan Bacan Mereka Sahaja
Bahkan Ia juga Digunakan Bagi Bacaan Dan Generasi Sesudah Mereka
Jingga Ke Bawah.

-> Masyarakat Islam Malaysia Membaca Al-Quran Mengikut Bacaan (Qiraat)
Imam ‘Aashim Melalui Riwayat Hafsh Atas Toriq Al-Syatibi Kerana Bacaan Atas
Toriq Inila Yang Dipelajari Oleh Para Huffaz di Negara Kita Khususnya di
Ma’had Tahfiz Kerajaan Negeri dan Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM).

BACAAN SEPULUH YANG MUTAWATIR

Bacaan Sepuluh Yang Mutawatir Iaitu Bacaan Yang Disandarkan
Kepada Sepuluh Imam Al-Qurra’ serta Diriwayatkan Oleh
Kumpulan Manusia Yang Ramai. Bacaan Sepulah Yang mutawatir Ini
Terrbahagi Kepada Dua Ketegori:

1) Al-Qiraat al-Asyr al-Kubra ( القرءت العشر الكبرى ):

Iaitu Bacaan-Bacaan Sepuluh Besar. Bacaan Sepuluh Besar Adalah
Bacaan Yang Disandarkan Kepada Spuluh Imam Al-Qurra’ Yang Terkenal Iaitu:

1. Imam Nafi’
2. Imam Ibnu Kathir
3. Imam Abu Amru
4. Imam Ibnu ‘Aamir
5. Imam ‘Aashim
6. Imam Hamzah
7. Imam al-Kisaie
8. Imam Abu Ja’far
9. Imam Ya’kub
10. Imam Khalaf Al-’Aasyir

Bacaan-Bacaan Ini Telah Dihimpunkan Oleh Imam Ibnu al-Jazari Dalam Matnnya
(syairnya) YAng Disebut Matn al-Jazariah متن الجزرية

2) Al-Qiraat al-’Asyr al-Shughra( القراءت العشر السبع) iaitu Bacaaan-bacaan
Sepuluh Kecil.Bacaan-bacaan yang di sandarkan kepada sepuluh imam al-Qurra’
yang sama tetapi gabungan dua sumber iaitu:

1)Al-Qiraat al-Sab’( القرات السبع )iaitu bacaan-bacaan tujuh yang disandarkan
kepada tujuh imam al-Qurra’ iaitu Imam Nafi’,Imam ‘Aashim,Imam Ibnu Katthir,
Imam Abu ‘Amru,Imam Ibnu ‘Aamir,Imam Hamzah dan Imam al-Kisaie.
Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Syatibi dalam matnnya(syairnya)
yang di sebut matn al-Syatibiah متن الشاطبية

2)Al-Qiraat al-Thalath( القراءت الثلاث )Iaitu Bacaan-bacaan Tiga
(pelengkap bagi bacaan- bacaan tujuh)yang disandarkan kepada tiga imam al-Qurra’
iaitu imam Abu Ja’far,Imam Ya’kub dan imam Khalaf al-’Aasyir.Bacaan -bacaan
ini telah dihimpunkan oleh imam al-Jazari dalam matnnya(syairnya)yang disebut Matn
al-Durrah( متن الدرة )

Wednesday, September 24, 2008

Ramadan peluang mengislah diri

Assalamualaikum WarahmatuLLahi wabarakatuh:)
Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Iklan

Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan:-

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

SALAM LEBARAN..MAAF ZAHIR BATIN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Tinta Pena Dimulakan dengan lafaz mulia,bismillahirrahmanirrahim..segala puji buat Maha Pencipta selawat dan salam buat rasul junjungan saw..

Alhamdulillah,setinggi2 kesyukuran dirafa'kan ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi nafas utk diri ini menyedut udara di bumi yg penuh fana,terasa msh lg diberi peluang & kesempatan utk melakukan amalibadah sebanyak mugkin dlm mencari redhonya sbg amalan utk kita bawanya ke sana kelak nnti..cuba renungkan andai ini ramadhan yg terakhir buat kita,msh berpeluang lagikah kita menemui bulan rahmat ini pada tahun hadapan,bulan di mana berlakunya lailutulQadr yg mana ibadah seorang hamba melebihi seribu bulan.Kita dituntut agar berusaha bersungguh-sungguh dlm mencari malam yg penuh barakah ini di 10 terakhir ramadhan pada malam-malam yang ganjil.Diriwayatkan dari aisyah r.anha berkata : Adalah Nabi s.a.w apabila memasuki akhir ramadhan,Baginda bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya agar bangun beribadah..Jadi amat rugilah bg mereka yg tidak dpt menambahkan pahala amalan mereka malah berlalunya ramadhan itu dgn sia-sia sahaja,"fajaAlnaHu HabaaAn MansuRo*"..Kama Qola FiL Hadis aidhon (Daripada abi hurairah r.a bahawasanya rasulullah s.a.w bersabda ketika akan tiba ramadhan : Telah datang kepadaku bulan yang diberkati,Allah telah mewajibkan ke atasmu brpuasa didalamnya,pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka,pintu-pintu neraka ditutup,dan para syaitan diikat, juga terdapat pada bulan itu satu malam yg lebih baik dari seribu bulan..barangsiapa yg tidak mmperolehi kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa.." Hadis Riwayat Ahmad,Annasai, dan Albaihaqi"..)

Wamin sammi haza,marilah kita sama-sama berdoa semoga pemergian ramadhan ini disambut dengan suatu pengajaran dalam setiap permulaan untuk sebuah titik kehidupan yang lebih bermakna pada masa hadapan kita,insyaAllah..Jua kehadiran bulan syawal diiringi dengan seribu satu kesyukuran dan kegembiraan atas rahmat dari Tuhan setelah penat berpuasa selama sebulan..BArokallahu fina wafikum..:)

Izan,berbalik pada maintopik asal..Masa terus beredar dan berlalu tanpa menoleh ke belakang walau hanya sesaat sekalipun,bulan Ramadhan kini kian menutup tirainya,maka bulan syawal akan menjelma tidak lama lgi.Jadi,di kesempatan ini ana ingin mengucapkan kepada semua warga seagama islam,umat junjungan rasulullah s.a.w amnya,buat ayahanda bonda tercinta,sanak saudara,sahabat handai,guru2 yg mencurahkan ilmu pada ana selama ini khususnya selamat menyambut hari raya aidilfitri & maaf zahir batin ..

Juga tak dilupakan bg insan2 yg mengunjungi blog ana,keistimewaan ana kirimkan pada antum/antunna dgn sekeping e-kad raya..Sudi2kanlah diri anda utk menerima e-card raya ini yg tak seberapa buat penganti diri ana di bumi kinanah ini..Salam eidilfitri,ampun dan maaf dipinta andainya TERkasar bahasa TERsilap bicara TERsalah tulis TERmarah yg tak kena TERtanya tak tentu hala TErsasul yang tak sengaja TERpukul kat mana2 TERpekik di telinga TERhantuk di kepala TERpinjam harta benda TERmoodytak semena-menaTERumpat bila2 TERmacam2 lagi Yang kena Mengena..Semoga diri ini dimaafkan..:)

Buat saudari cik bella,terima kasih e-kad raya ana dpt dr enti tu,jadi terpaksalah ana kirimkan kadraya berlainan beserta sedikit ongkos raya buat perbelenjaan cikgu..pandai2lah guna dan berjimat cermat yer,ahaksss..




Akhir kalam,marrah saniah selamat hari raya kuucapkan dgn sepotong doa pada ilahi,moga dipanjangkan umur dan murah rezeki..semoga e-kad raya pengganti diri ini mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua..Wassalam (^_^)..

Tanda-tanda Kehadiran Lailatulqadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
.:: KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN YANG MAHA ESA ::.