Thursday, June 25, 2009

MENITI USIA BERPANDUKAN ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2 berikut;-

1) Mumaiyiz
Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya.. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.

2) Pemuda/i
Bermula dari umur baligh hingga umur 40tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya.
Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40tahun.

3) Orang tua
Bermula umur 40tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba2 ciptaanNya.

Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.


Sabda Nabi SAW (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad drp Anas b Malik);

"Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40 tahun maka Allah akan memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia akan dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam) & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebhgian tompok-tompok putih.

Apabila seseorang itu sampai umur 50 tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis.. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghindari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok, pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.

Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60 tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal2 soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.

Apabila telah mencapai umur 70 tahun Allah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.

Apabila telah mencapai umur 80 tahun, Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata2 kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa2nya, sedangkan pahala berterusan dicatit.

Apabila telah sampai umur 90 tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah2 pada umur2 sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;

i) mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia;

ii) menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepada orang ini;

iii) juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka."

Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan dirahmati Allah & dipermudahkan urusannya.

** Tips dari Saidina Ali kw **

"Jika ingin menjadi orang yg apabila tua TIDAK NYANYUK, tak mengenal benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka di usia mudanya lagi selalu melazimi amalan MEMBACA AL QURAN" ***

Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca AlQuran itu menjadi amalan yang berterusan.


** Doa pada umur 40tahun : **

"قال رب أوزعني أن أشكر نعمتك التي أنعمت علي وعلى ولدي وأن أعمل صالحا ترضاه وأصلح لي في ذريتي إني تبت إليك وإني من المسلمين"

" Ya Allah, berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2 Islam)" (Surah Al Ahqaf 46:15).


P/S : Sabda Nabi SAW: "KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMANYA SELAGI KAMU BERPEGANG KPD 2 PERKARA, IAITULAH AL-QURAN & SUNNAHKU."


Wallahu Taala A'lam.

KEAJAIBAN ALQURAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45



Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus.

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada
"The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,"
oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

TIPS2 KECEMERLANGAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-

** Persediaan Menghadapi Peperiksaan :- **

*Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

*Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.

*Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.

*Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.

*Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.

*Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.

*Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.

*Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.

*Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.

*Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.

*Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.

*Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.

*Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.

*Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.

*Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.

*Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Wallahu Taala A'Lam.

Wednesday, April 29, 2009

MENGORAK KECEMERLANGAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



MENGAPAKAH AKU PERLU CEMERLANG?

Benar, tanyalah pada diri kita mengapa aku tidak cemerlang?

Untuk menjawab persoalan tadi, ada berbagai-bagai jawapan, tetapi bagi seorang muslim baginya ada jawapan yg khusus, dan tujuan yg ingin dicapai:

1- Cemerlang kerana Allah SWT:

Allah berfirman: “Katakanlah bahawa solatku, amalanku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah tuhan sekalian alam”..

Seorang Mu’min ia mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah SWT, termasuk jugalah pelajaran, ilmu-ilmu dan kecemerlangannya.

2- Cemerlang kerana Keluarga dan kedua Ibubapa:

Diantara cara untuk memuliakan Ibubapa ialah dengan mengembirakan mereka..betapa gembiranya hati Ibubapaku apabila melihat aku cemerlang dalam matapelajaran dan mendapat tempat yg teratas.

3- Cemerlang kerana diri sendiri:

Setiap muslim mempunyai impian yg ingin dicapai dalam kehidupan, sesungguhnya cita-cita itu tidak terlaksana kecuali dengan kecemerlangan akademik.

4- Cemerlang untuk mengembalikan keagungan islam:

Sesungguhnya keagungan islam zaman lampau adalah bergantung pada tahap keilmuan dan amal, dan tidak akan datangnya keagungan kecuali dengan adanya ulama’ yg benar-benar dan ikhlas untuk Islam dan umatnya, ulama dalam setiap bidang ilmu yg bermanfaat.



PESANAN SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN:

1- Solat Hajat: Supaya dimudahkan Allah SWTuntuk memahami.

2- Membaca beberapa ayat Al-Quran: dapat menjauhkan dari gangguan syaitan, dan supaya muka dipenuhi cahaya Al-Quran.

3- Mulakan dengan doa mengulangkaji pelajaran:

“ Ya Allah, aku memohon agar dikurniakan kepadaku kefahaman para nabi, ketajaman hafalan seperti para utusanmu dan malaikat-malaikat.. Ya Allah, jadikanlah lidahku ini hidup dengan berzikir kepadamu, dan hatiku dipenuhi dengan takut kepadamu, sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa diatas segala sesuatu”

Di akhiri dengan doa selepas mengulangkaji pelajaran:

“Ya Allah berserah kepadamu segala apa yg telah aku baca, apa yg telah aku fahami, apa yg telah aku hafal, maka kembalikan semula kepadaku ketikaku memerlukannya, sesungguhnya engkau yg maha berkuasa diatas segala sesuatu”.

4- Susun dan rancang: contoh: menentukan mata pelajaran untuk dibaca, tajuk-tajuk dan masa tertentu untuk setiap satu mata pelajaran dengan membuat jadual.

5- Mula dengan mata pelajaran yg dianggap mudah dahulu.

6- Jangan menangguh mata pelajaran hari ini ke hari esok.

7- Ambil masa secukupnya untuk berehat: tentukan sehari atau waktu yg sesuai dalam seminggu untuk menenangkan fikiran dan berehat.

8- Pilih tempat yg sunyi jauh dari bising, dan ambil berat dengan cahaya yg cukup dan baik untuk kesihatan ketika membaca.

9- Cuba untuk mengosongkan fikiran dari segala masalah dan gangguan.

10- Ambil berat dengan cara duduk yg betul, iaitu dengan meluruskan tulang belakang.

11- Bersegera untuk solat apabila mendengar azan, kerana Allah SWT tidak memberkati amalan yg melalaikan solat.

12- Pisahkan diantara 2 matapelajaran dengan waktu rehat.




BAGAIMANAKAH PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN?

Mengikut Doktor `Ato Barakat, ada 2 perkara penting untuk persediaan:

1- Penguasaan yg baik: terlaksana dengan 4 perkara:

• Melazimi ulangkaji sepanjang tahun setiap selepas belajar dan jangan menangguh sesuatu walaupun kecil.

• Ulangkaji matapelajaran yang lepas, sebelum belajar matapelajaran baru.

• Ulangkaji setiap minggu walaupun dengan hanya membaca dengan cepat.

• Ulangkaji setiap bulan dan ketika musim cuti

2- Mengulangkaji secara sempurna dan serius sebelum peperiksaan:

• Menyusun maklumat secara sistematik di dalam ingatan.

• Pilih waktu yg sesuai untuk mengulangkaji pelajaran, dengan menetukan masa tertentu untuk setiap matapelajaran, contoh: jika terasa jemu pindah untuk menjawab soalan-soalan matematik dll.

• Sistem jadual: supaya tidak bertindih diantara matapelaharan yg ada.

• Menjawab sebanyak mungkin soalan-soalan dan penyelesaian masalah, lebih-lebih lagi soalan-soaln yg susah.


DOA HARI PEPERIKSAAN :-
1- Ketika masuk ke dewan :

"وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطاتا نصيرا"

“Katakanlah, wahai tuhanku masukkan aku dari tempat yg benar, dan keluarkan aku dari tempat yg benar juga, dan berikan aku dari kurniaanmu kekuataan yg membantu.” (AL ISRA 17:80).

2- Ketika menerima kertas jawapan :

"رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي"

“Ya tuhanku lapangkan dadaku dan mudahkan urusanku, dan leraikanlah ikatan di lidahku supaya mereka memahami percakapanku”.

3- Jika sukar untuk menjawab :

"يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث"

“Ya tuhan yg maha hidup dan maha pembangkit, dengan rahmatmu aku meminta pertolongan”


"اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إن شئت سهلا"

“Ya Allah tiada kesenangan kecuali apa yg kau jadikan ia senang, dan engkaulah yg menjadikan kesusahan itu satu kesenangan”.

4- Jika terlupa jawapan :

"اللهم يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه اجمع على ضالتي معلوماتي"

“Ya Allah yg mengumpulkan manusia di hari tiada ragu-ragu, maka kumpulkanlah maklumat-maklumatku”.

Wallahu a'lam..

IMTIHAN FASA 2

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Jadual Imtihan Tahriri Fasa DUA sesi 2008/2009 Kuliah Al-Quran Wal Qiraat WA Ulumiha Bi Tanta Bi Jamiah Al-Azhar..

TAHUN 1


TAHUN 2


TAHUN 3


TAHUN 4



"YA ALLAH,sinarilah hati kami dengan petunjukMU,sebagaimana KAU telah menyinari bumi ini dengan cahaya matahariMU selama-lamanya,dengan rahmatMU wahai ALLAH yang paling penyayang."

(Sumber AbaNg ALAI )
.:: KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN YANG MAHA ESA ::.