Monday, February 9, 2009

NASIHAT FAHAMI AL-QURAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



Ketika keheningan malam disinsing dengan kemunculan fajar,penulis kembali semula ke ruang maya ini setelah lama menyepi seusai menempuh imtihan fasa satu yg berlangsung baru2 ini.Moga diri ini dan kawan2 seperjuangan diberi kejayaan yang cemerlang,insyaAllah.Lantas kucuba coretkan tulisan kali ini sebagai satu nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bersama bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Ingatlah wahai sahabah2 sekalian bahawa kelemahan kita membaca Al-QuraN ialah tidak memahami maksud ayat2 Al-QuraN yg dibaca,kelemahan kita seterusnya ialah memahami maksud ayat2 Al-QuraN tetapi tidak mengamalkannya dalam kehidupan kita,kelemahan kita yg tinggi selepasnya ialah mengamalkannya tetapi tidak mempraktikkan@melaksanakan hukum hakam yg telah termaktub didalamnya,dan seterusnya kelemahan kita yg paling tinggi ialah tidak mempercayai apa yg telah diturunkan oleh ALLAH s.w.t kpd junjungan kita s.a.w. lalu meninggalkannya,Nauzubillah min zalika.Sesungguhnya Al-QuraN itu bukan dituturkan oleh Nabi Muhammad s.a.w mengikut hawa nafsunya,bahkan ia adalah wahyu yg diturunkan@diwahyukan kepadanya.(Surah AnNajm 53:3-4)..

10 Nasihat untuk Memahami Maksud Ayat-Ayat Al Quran,InsyaAllah BiizniHi:-

Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab. Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua..

1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya.

Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah..

3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.

4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 189 surah Al A'Raaf? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.

5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.



6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.

7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?

8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.

9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.

10- Cuba pelajari Bahasa Arab fus_hah untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca(perkara asas@pokok dalam memahami setiap kalimah bersesuaian terjemahannya,setiap kalimah arab mmpunyai makna yg berbeza,jua ada taradufnya) sebagaimana diwasiatkan oleh imam hassan Al-Banna dlm wasiatnya yg ketiga "Berusaha dan bersungguh2lah saudara untuk belajar dan bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam. ".. dan ia merupakan salah satu ilmu alat asas dalam mentafsir ayat Al-QuraN selain ilmu nahu,soraf,ilmu mani',ilmu badi',ilmu qiraat dan selainnya.. Hendak seribu daya,saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab..

Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya. Ingat pesan Rasulullah SAW :

Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya.
(Riwayat al Bukhari, no.5027).
Waallahu TaaLa A'alam.

Friday, December 26, 2008

IMTIHAN FASA 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Jadual Imtihan Fasa SAtu Bagi Firqah Ula Tahun 2008/2009 Kuliah Al-Quran Wal Qiraat WA Ulumiha Bi Tanta Bi jamiah Al-Azhar..



.:. Pembetulan Tahun Masihi 2008 --> 2009 ..kesilapan taip selepas cetakan...:.

P/S:Firman Allah swt "..jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ". (Surah Muhammad 47:7).. Kepada mereka yang mengenali diri ini,ku memohon keampunan dan kemaafan andai ada terguris di hati,buang yang keruh ambil yang jernih..Manusia itu tidak sempurna,akan tetapi menuju kesempurnaan itu adalah yang sebaiknya.DoaKan kami beroleh kejayaan yang cemerlang..
Wassalam.

MA'AL HIJRAH 1430

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Segala pujian,selawat dan salam ke atas jujungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Amma Ba'd;

Alhamdulillah di kesempatan kali ini walaupun ana sibuk dengan preparation/study group dlm menghadapi imtihan(exam) yang bakal menjelang tidak lama lagi (januari 2009) namun ana cuba juga meluangkan sedikit masa utk ruangan posting santapan lahiriah dalam blog yang usang ini.Jadi,post kali ini ana ingin mengajak teman2 meluangkan sedikit masa menyingkap kembali sedikit khalfiah tarikhiah li masiratil asyharil islamiah(sejarah kebelakangan perjalanan bulan2 islam).Sukalah Ana untuk menceritakan perihal dua bulan sahaja yang penuh dengan pengertiannya,terdapat padanya banyak ibroh(pengajaran) dan istifadah(manfaat) yang boleh kita ambil darinya jika diterokai akan keistimewaan sirahnya,iaitu Bulan Zuhijjah dan Bulan Muharram.Walaalla zalika,semoga dengan kehadiran awal muharram 1430 hijriah tahun baru ini,maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.


BULAN ZULHIJJAH
-Pengertian Zulhijjah ialah " yang mempunyai HAji". Dinamakan demikian kerana pada bulan inilah umat manusia dari semenjak zaman nabi adam as. melakukan ibadah haji sampai sekarang.Ketika NAbi Adam mengerjakan haji,malaikat Jibril as pernah berkata kepadanya "Tujuh ribu tahun sebelum kamu melakukan ibadah haji ini,malaikat sudah tawaf mengelilingi kaabah"..

NABI IBRAHIM MENGORBANKAN ANAKNYA
-Menurut riwayat pada mulanyaNabi ibrahim melakukan korban dengan cara bersedekah roti,pada riwayat yang lain pula dijelaskan bahawa nabi ibrahim melakukan korban dengan car menyembelih anak sapi,kambing dan biri2.Akan tetapi pada suatu ketika Allah SWTingin menguji kekuatan iman Nabi Ibrahim,dengan memerintahkan kepadanya supaya ia menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail as.Setelah NAbi Ibrahim as menerima perintah Allah tersebut,maka nabi ibrahim as pun menceritakan kepada anaknya Nabi ismail as serta menanyakan pendapatnya.Secara tulus dan ikhlas Nabi Ismail menjawab "Kalau itu perintah dari ALLAH,maka laksanakanlah ia".
Akhirnya keduanya bersepakat untuk melaksanakan perintah tersebut lalu nabi ismail as dibaringkan di atas tanah dan di atas leher nabi ismail as telah tersedia sebilah pisau yang sangat tajam.Ketika penyembelihan itu akan dilaksanakan,maka ALLAT SWT memanggil nabi ibrahim "Sungguh engkau telah mematuhi perintahku". Peristiwa ini telah terjadi pada hari kesepuluh bulan zulhijjah.Setelah nyata kekuatan iman nabi ibrahim as dan anaknya nabi ismail as,maka ALLAH SWT memerintahkan penyembelihan terhadap anaknya itu tidak dilaksanakan dan digantikan dengan kiriman seekor kibasy dar ALLAT SWT.Menurut riwayat kibasy itu didatangkan dari syurga dan sebahagian pula mengatakan kibasy itu diambil oleh Jibril dari kampung thabir,kepunyaan nabi ibrahim sendiri.
Setelah peristiwa tersebut,maka setiap tahun pada tiap2 hari yg kesepuluh bulan zulhijjah,nabi ibrahim as tetap menyembelih haiwan korban.Kebiasaan ini disyariatkan terus menerus sehingga saat sekarang.
Mengenai ibadah korban perihal nabi ibrahim as dan nabi ismail as ini ada diceritakan di dalam Al-Quran pada (Surah Asshafat 37: ayat 102-111)..

Mafhumnya:-

102. Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu,insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim,dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),

104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;

107. Dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;

108. Dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum),dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian,

109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".

110. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

111. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami Yang beriman.



AMAL IBADAH YG DIANJURKAN PADA BULAN ZULHIJJAH
1- Puasa Arafah ( 9Zulhijjah- SAbda Rasulullah saw " Puasa hari arafah itu menghapuskan dosa dua tahun,satu tahun yg telah lalu dan satu tahun yg akan datang " (HR muslim).
2-Melakukan Amalan Sunat sebelum melakukan sembahyang sunat idul adha.
3-Melaksanakan Solat Hari Raya Idul Adha.
4-Melaksanakan Ibadah Korban ( Sabda Rasulullah saw "Pada tiap2 sehelai bulu binatang yang dikorbankan itu,kita akan mendapat suatu kebajikan" (HR Ahmad dan Ibnu majah) .
5-Membaca DOa Akhir Tahun (Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada
akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 December 2008)


Mafhumnya:-
(Dengan Nama Allah yg amat pengasih dan maha penyayang,segala pujian bagi Allah,tuhan sekelian alam,selawat dan salam ke atas semulia-mulia rasul Muhammad dan atas keluarganya sekelian.Ya tuhanku,apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya dan Engkau lemah lembut atasku dan Engkau memiliki kuasa ke atas daku dan aku telah
melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku,
tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan
dosa-dosa itu semuanya.Maka sesungguhnya aku memohon keampunan dariMU,maka ampunilah daku dan dengan apa yang aku kerjakan padanya dalam redhaMu dan janjiMu padaku ke atasnya ganjaran pahala. Maka aku pinta padamu wahai tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia,bahawa Engkau terimalah daku dan janganlah Engkau putuskan harapanku daripadaMu tuhan yang Maha Mulia dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad saw yang ummi dan ke atas ahli keluarganya serta sahabat2nya dan kesejahteraan atas mereka.)..

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka
syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

BULAN MUHARRAM
-MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun
Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan
bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar
kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam
itu sendiri.

-Pengertian Muharram ialah " yang diharamkan " atau " yang dipantangkan ".Dinamakan muharam kerana pada bulan ini diharamkan berperang atau menumpahkan darah iaitu
Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun
demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian
tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

-(1 Muharam -Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
(10 Muharam -Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran)...


ANTARA PERISTIWA YANG TERJADI PADA SEPULUH MUHARRAM
1- NAbi Adam as diterima taubatnya oleh ALLAH SWT.
2- Nabi Idris as diangkat ke syurga.
3- Nabi Nuh as diselamatkan dalam pelayarannya.
4- Nabi Ibrahim as diselamatkan oleh ALLAH SWT dari dibakar raja namrud.
5- Nabi Yunus as dikeluarkan dari perut ikan Nun.
6- Nabi Daud as diampuni oleh ALLAH SWT akan kesalahannya.
7- Nabi Yusf as dibebaskan dari penjara.
8- Nabi Yaakub as dapat melihat kembali.
9- Nabi Ayub as disihatkan dari penyakit kulit.
10- Laut Merah terbelah dua.

AMAL IBADAH YG DIANJURKAN PADA BULAN MUHARRAM
1- Puasa Sunat Muharram ( Rasulullah saw ditanya berkenaan puasa hari Asyura (hari kesepuluh bulan muharram) maka baginda menjawab "Dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu" ).
2-Bersedekah,Mandi Sunat,menyatuni anak yatim dan menziarah orang sakit.
3-Mengerjakan solat sunat Muharram.
4-Membaca DOa Awal Tahun (Awal Muharram)-(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 Decmber
2008)


Mafhumnya:-
(Dengan Nama Allah yg amat pengasih dan maha penyayang dan ALLAH berselawat dan mengurniakan kesejahteraan ke atas penghulu kami Muhammad saw dan keluarga serta sahabat2nya. Wahai Allah SWT Engkaulah yang kekal abadi Yang Qadim Yang Awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah ruah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.Kami memohon pemeliharaan darimu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu2nya dan tentera2nya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkan kepadaMu yang Maha Agung lagi Maha Mulia.Yang paling pengasih dari mereka yang mengasih dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad saw yang ummi dan ke atas ahli keluarga serta sahabat2nya dan kesejahteraan atas mereka.)..

.:.Barangsiapa yang
membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada
gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut .:.

P/S:Semoga tuhan memberkati segala amalan-amalan yg telah kita lakukan dlm tahun yg sudah dan semoga dengan kehadiran tahun baru ini,bertambah semangat kita dalam membina jati diri dan azam baru dalam memperbaiki segala kesilapan lalu agar ia tidak berulang dan menjadikan permulaan tahun 1430 Hijriah yang akan datang itu lebih baik dari tahun lalu.
Yang Baik itu Dari Allah,yang buruk itu kelemahan diriku..
WAllahu Taala A'lam.

Monday, November 3, 2008

SOLAT ISTIKHARAH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita..

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Doa-LampiraN

Terjemahan Doa':

"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)"..

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua- Oleh: Ismail Abu Bakar..

Wallahhu Taala A'lam..

Friday, October 31, 2008

AL-QuraN PenyelesaiAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam kehidupan seharian lumrah alam kemanusiaan sering berlaku perkara dalam dan luar dugaan kita..Seringkali timbul di dalam benak fikiran kita bermacam-macam persoalan2 perihal kejadian,peristiwa,yg sedang berlaku dan akan berlaku di sekeliling kehidupan kita sehari-hari.Pernahkah kita berfikir di mana jalan penyelesaian terbaik yang kita ambil dalam menyelesaikan setiap perkara,segala ujian,dugaan yang menimpa kita ini.Ingatlah setiap peristiwa yg berlaku itu sebenarnya telah di jawab penyelesaiannya di dalam al-Al-QuraN..Ketahuilah,tiadalah jln penyelesaian yg terbaik melainkan dgn berpaksikan Al-quran dan sunnah nabi itu sebagai sumber kehidupan,pegangan kita sebagaimana yg telah dijelaskan di dalam hadis nabi,sabdanya ("قد تركت فيكم ما لن تضلوا بعده إن اعتصمتم به كتاب الله وأنتم تسألون عني")..Mafhumnya-"Sesungguhnya Aku telah tinggalkan pada kamu(ummah) akan DUA perkara,selagimana kamu berpegang teguh padanya nescaya tidak akan sesat selamanya iaitu kitabuLLah(Al-QuraN) dan SunnaHku(NAbi Muhammad saw)-(riwayat muslim)"...By the way,mari sama2 kita renungkan sedikit soal jawab monolog dalaman yg cuba ana garapkan di bawah ini (10 perkara)<>..FaLaaLLa(moga2) dgn ini bertambah teguhlah hati dan keimanan kita dalam ketaatan pada Allah AzzaWajalla..SEtiap MusibaH itu Ada Hikmahnya..

(1) KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

Al-QuraN MENJAWAB :-

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta."
[ Surah Al-Ankabut 29:2-3 ]


(2) KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Al-QuraN MENJAWAB :-

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Dan (ingatlah) Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),sedang kamu tidak mengetahuinya."
[ Surah Al-Baqarah 2:216 ]


(3) KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Al-QuraN MENJAWAB :-

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami dgn apa yang kami tidak terdaya memikulnya.(Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya)"
[ Surah Al-Baqarah 2:286 ]


(4) KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST,KECEWA?

Al-QuraN MENJAWAB :-

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."
[ Surah Al-Imran 3:139 ]


(5) KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Al-QuraN MENJAWAB :-

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
[ Surah Al-Baqarah 2:45 ]


(6) KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

Al-QuraN MENJAWAB :-

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh jannah (Syurga).."
[ Surah At-Taubat 9:111 ]


(7) KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Al-QuraN MENJAWAB :-

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia ,kepadaNya aku berserah diri (Tawakkal)."
[ Surah At-Taubah 9:129 ]


(8) KITA BERTANYA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

Al-QuraN MENJAWAB :-

"......dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
[Surah Yusuf 12:87 ]

"...janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
[Surah Az-Zumar 39:53 ]


(9) KITA BERTANYA: BAGAIMANA UTK HINDAR SIFAT MAZMUMAH,exmple RIYA',UJUB ?

Al-QuraN MENJAWAB :-
"...Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah"
[ Surah An NAmL 27:40 ]


(10) KITA BERTANYA: KENAPA UMAT TERDAHULU SEGERA DITIMPA AZAB APABILA MENGINGKARI PARA RASUL MEREKA SEDANGKAN UMAT NABI MUHAMMAD SEBALIKNYA,DIBERI TEMPUH KE HARI QIAMAT ?

Al-QuraN MENJAWAB :-
"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).."
[ Surah Al-AnfaL 8:33 ]

"....bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
[ Surah Al-QamaR 54:46 ]


(RenungaN kita Bersama)

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya(tidak terlintas di hatinya).Dan (Ingatlah) barangsiapa yang bertawakal(berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." [ Surah At-Thalaaq 65:2-3 ]

Ya Allah, Engkaulah yang punya segala-galanya. Kalau Engkau tidak memberi hal itu semua kepadaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa. Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepala dan gerakan yang lebih besar daripada itu terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk mengerakkan hati semata-mata untuk mengingatimu. Jadi, untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripadaMu!Engkau yang menggerakkan urat sendi, Engkau yang menggerakkan anggota kepala dan akal.Engkau jualah yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepadaMu!!

Wallahu Taala A'Lam..Wassalam..
.:: KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN YANG MAHA ESA ::.