Friday, March 26, 2010

JANGAN KEDEKUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian :

1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu, “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujaadalah 58:11)

2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan

3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

Renung-renungkan!

Wallahu A'lam.

2 Komentar:

Ahmad Nordinie said...

walaupun ringkas, tapi interesting!
semoga kita tidak tergolong dalam golngan yang kedekut ilmu..

rohani said...

saya ada pengalaman bab kedekut ilmu untuk d kongsi brsama,saya mempunyai kawan seperjuangan,kwn saya seorang usahawan yg perolehi bnyk ilmu membuat makanan jenis basah dan kering,ilmu yg dia perolehi bukanla dari wang ringgitnya tp dr pusat bimbingan ushawan anjuran j.pertanian dn sekarang dia cuma mengusahakan 3jenis sahaja..3tahun yg lalu semasa saya mnjalankan prniagaan brsamanya ,kebetulan kwn2tmpt sahabat saya belajar ilmu tu ada disekitar tmpt kami meniaga.Mereka ini membuat produk sangat membanggakan saya,saya kagum dgn mereka secara tak langsung mereka ini telah menjadi kawan saya juga. selama 8hari disana hari ke7 sayacuba minta sedikit ilmu drpada mereka kerana ilmu yg saya minta itu tidk adalagi dijual ditempat saya,pada mulanya mereka ini tidak mahu memberi tapi selepas saya merayu baru mereka setuju.mungkin tidak mnjadi rezki saya,sahabat saya tadi telah melarang kwnnya utk mmberi resepi kepada saya,katanya "kami dah bersumpah dgn guru kami untuk tidak memberi resepi kpd sesiapa pun itu janji kami"itula kata2sahabat saya yg kemana saja nk meniaga saya mmbawanya.saya bukn malaikat jadi hati saya mmg betul2 marah,saya katakan kepadanya kitab Allah tak mnyatakn begitu,yg mana satu dia pilih kitab Allah atau kitab guru dia tetap mengatakan kami da bersumpah,,dgn tegas saya nyatakan mari kita tengok satu hari nnt betul ke tidak Allah taala akan tarik rezeki org yg kedekut ilmu.Kemarahan saya tak brpnjgn kami ttp berkawan,skrg dah 2011 dah 3thun berlalu produk yg saya jalankn semakin maju,bnyk peluang perniagaan diberikn oleh bnyk agensikpd saya,sesungguhnya saya amat bersyukur dgn apa yg saya perolehi skrg tetapi nasib sahabat saya ini begitu menyedehkn perniagaanya merudum,dn terpaksa kerja sambilan sebagai cliner,kerap dtg berjumpa dgn saya meluahkn rasa keperitan hidupnya skrg,saya cuba menolongnya setakat yg mampu dlm masa yg sama saya beri idea padanya agar membuka clas masakan tp nmpknya hatinya ttp berkeras dan tak mahu untuk menjadi tenaga pengajar pada org ramai.sambil melawak saya katakan ambil semua kertas resepi tu rebus dn minum buat ubat penenang jiwa..wallahualam

.:: KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN YANG MAHA ESA ::.