Tuesday, October 14, 2008

Cinta Hakiki


Assalamualaikum....Segala Pujian Bg tuhan semesta Alam.

Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Yang Maha Esa,
iaitu Allah...tuhan yang menciptakan segala-galanya,
yang awal+yang akhir
dialah yang lebih berhak untuk dicintai
bukannya seseorang yang bergelar pakwe,makwe,boyfriend,girlfriend n so on..sebab ape ana cakap macam ni?

Firstly...Bila kita menyintai atau menyukai sesorang itu...
kita akan melakukan apa sahaja untuk mendapat perhatian daripadanya,menggembirakan hatinya,n seumpama dengannya..
kadang2 sampaikan kita lupa terhadap Allah..
Pencipta yang lebih patut dicintai.

Allah berfirman dalam surah (Al-munafiqun 63:9) mafhumnya:-
"Wahai orang2 yang beriman, jgnlah harta-bendamu dan anak2mu melalaikan kamu dari mengingat Allah,Dan barangsiapa yg melakukan jua mereka di kalangan orang2 yg rugi..."

Jelas dalam ayat tu Allah larang kita dari melupakan Allah..
tapi, cuba kita fikirkan..bila kita berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan perhatian,kasih sayang serta tumpuan dari si dia yang kononya kita cintai itu..di mana kita meletakkan Allah pada masa itu?

ketika bergayut di telefon bermadah asmara..di mana kita letakkan Allah?..Ana pasti,tiada siapa pun yang masih ingat akan Allah..

Sedangkan dalam hidup kita ini kita perlu sentiasa mngharapkan keredhaan-Nya...adakah percintaan yang kita jalankan itu salah satu perkara yang terletak dalam cabang rahmatNya?

Fikir-fikirkanlah..

Jika kita cinta pada manusia pada rupa parasnya,ia tak kekal,manusia akan tua jua..wajahnya akan berkedut..taklawa,hilang serinya lagi..

Jika kita cinta pada manusia pada hatinya..hati manusia ialah sesuatu yang paling senang berubah..dulu cintanya penuh berahi..dijaganya bgai menatang minyak yang penuh..tapi dalam sekelip mata..ia boleh berubah..jangan katakan tidak..ana pernah melalui..

Ingat..cinta itu satu anugerah Allah yang paling agung kepada hambanya..Jgn kita persia-siakannya dengan mencurahkannya kepada mereka2 yang tak sepatutnya..

Cintailah Allah..Dialah yang kekal selama-lamanya..

Jgn cari cinta manusia,ia penuh dgn kekecewaan..
Tapi carilah cinta iLahi...kerana ia penuh dengan harapan dan kegembiraan serta tak pernah mengecewakan..

Bukan tak boleh bercinta..
tapi bercintalah hanya dengan seseorang yang bergelar suami/isteri yang telah diikat kepada kita dgn ikatan pernikahan yang sah..
itulah sahaja cinta antara yang bukan mahram yang diredhai Allah di dunia ini..

'Ballighu Anni walau Ayah'-Samapai-sampaikanlah pada mereka yang berfikiran sama seperti antum...insya-Allah..segala yang Buruk kelemahan diriku,segala yang Baik itu pemberian tuhan cinta hakiki kita semua..
WallahuA'lam...

0 Komentar:

.:: KEMBARA INSAN MENCARI TUHAN YANG MAHA ESA ::.